Rezeki kuasa tiga!

Tinggalkan komen

September 26, 2007 oleh zamrimohamad


Saya memutarkan kembali lagu lama yang berada dalam simpanan. Lagu Nothing Gonna Change My Love For You nyanyian Glenn Medeiros pada tahun 1987. Kisah populariti beliau dilihat sebagai rezeki atas rezeki dan atas rezeki.

Penyanyi kelahiran Hawai ini mula pada mulanya merakamkan lagu ini dan hanya disiarkan di stesyen radio dan televisyen Hawai. Kepopularan beliau di Hawai setakat itu sahaja.

Sehinggalah seorang juruhebah radio membeli album Glenn di Hawai ketika beliau bercuti. Juruhebah dari Amerika Syarikat memutarkan lagu Nothing Gonna Change My Love For You dan meletup di sana. Amerika menerima baik kedatangan penyanyi dari Hawai ini.

Glenn yang pada mulanya dikenali di sekitar Hawai kemudian di Amerika Syarikat juga mendapat tempat di Eropah. Tidak ada pegawai pemasaran atau pegawai promosi yang menghantar albumnya ke sana.

Cerita yang sama terjadi sekali lagi. Seorang juruhebah dari Eropah yang sedang bercuti di Amerika membeli album Glenn dan memainkan lagu tersebut di stesyen radionya. Sekali lagi nama Glenn dan lagunya meletup!
Rezeki di Hawai, rezeki di Amerika dan rezeki di Eropah. Jualan album anak muda yang hanya berusia 25 tahun ketika itu adalah sejumlah 10 juta album di seluruh dunia dan tersenarai dalam carta Billboard dan hit nombor satu di Belgium tidak sampai dua tahun. Album beliau juga mendapat anugerah emas.

Saya mempelajari beberapa perkara daripada peristiwa ini.

Adakalanya kita hanya melihat diri kita mempunyai potensi tempatan tetapi orang lain melihat kita lebih daripada sempadan itu.

Kejayaan yang kita kecapi bukan kejayaan individu, tanpa ada yang menyokong dan berkata anda boleh lakukan, kita tidak akan ke mana.

Satu bakat sahaja tidak akan berkembang jika tidak digabungkan dengan bakat orang lain.

Jika bakat nyanyian Glenn tidak digabungkan dengan bakat pujuk rayu sang DJ di konti radio, belum tentu Notting Gonna Change My Love For You meletup sehingga hari ini!

Sama juga menjadi penulis. Penulis tidak boleh bergerak sebagai individu, tetapi bergerak sebagai penulis dengan bantuan penerbit dan media serta pembaca! Ia akan menjadi kejayaan bersama!

Hmm orang pandang saya dengan kening terangkat sambil berkata, “Orang muda berjiwa oldies….”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,311 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: