Buat sekali makan berkali-kali

3

Oktober 27, 2007 oleh zamrimohamad


Saya membelek akhbar Utusan Malaysia yang dibeli oleh saudara Haeqal pada hari Sabtu lalu. Sebuah iklan menarik perhatian saya.

Bola Kampung setiap Isnin jam 7.00 malam di RTM 1.

Iklan satu muka penuh warna ini menarik perhatian saya kerana ia adalah siri kartun yang dihasilkan sekali tetapi makan berkali-kali. Saya melihat senarai produk lain yang dihasilkan dari siri Bola Kampung yang turut dipaparkan dalam iklan.

Apa maksudnya?

Pertama, siri Bola Kampung dihasilkan dalam bentuk animasi untuk siaran televisyen, maka penciptanya menerima pendapatan daripada animasi itu.

Kedua, animasi itu diberi hak penerbitan dalam bentuk buku. Perlesenan diberi kepada Teck Huat (C) Co. Sdn Bhd. Sekali lagi, penciptanya menerima pendapatan dari buku.

Ketiga, animasi dijadikan dalam bentuk barangan apabila siri merchandise dilesenkan kepada J.Calli. Dalam situasi ini ia dijadikan rekaan bagi payung, pensil, rantai kunci dan kemeja T. Sekali lagi, penciptanya menerima pendapatan dari J.Calli.

Keempat, animasi dijadikan bahan konten mobil dan perlesenan dalam bentuk tersebut diberikan kepada Macera Technology.

Empat kali wao! saya berikan kepada siri animasi Bola Kampung. Karya seperti buku juga berpeluang melalui keadaan yang serupa apabila buku itu menjadi jenama yang berpengaruh sebagai bahan program televisyen, radio, bahan audio dan segala macam rupa lagi.

Buat sekali, makan berkali-kali.

layari http://www.bola-kampung.com/

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.
Advertisements

3 thoughts on “Buat sekali makan berkali-kali

  1. Jamal says:

    I dah ikut Animasi Bola Kampung dari musim pertama hingga kini musim Ke-tiga. Animasi ini memang Best.

    Dari Star & The Edge, i dapat tahu Animasi Bola Kampung animasi tempatan yang pertama dilesen kepada Disney Asia, ini memang mengharumkan & membanggakan jenama animasi negara kita.

    Dilesen kepada Disney, Syarikat Merchandise, Syarikat Mobil & Syarikat Penerbitan. Aku rasa Kualiti animasi Bola Kampung ini memang lebih tinggi daripada banyak animasi tempatan. Kejayaan ini dapat meninggikan taraf animasi tempatan & menggalakan Syarikat produksi tempatan mencipta lebih banyak produksi tempatan yang berkualiti.

    MALAYSIA BOLEH!!!

    layarilah website http://www.bola-kampung.com, banyak informasi yang hebat didapati…

  2. Anonymous says:

    Ya Bola Kampung memang hebat..

    Membanggakan & mengharumkan nama Malaysia, Animasi ini mesti BEST!!!

    Iwan Boleh!
    Bola Kampung Boleh!
    Malaysia Boleh!

  3. Anonymous says:

    Yoohoo… Siapa peminat Bola Kampung di sini??

    Bola Kampung Musim terbaru (Musim Ke-4) dah balik ke RTM1, Mulai 3hb Nov 08, Setiap Isnin 7malam..

    Saya Sokong!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,486 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: