Wajah 1998

1

Oktober 29, 2007 oleh zamrimohamad


imgp1716.jpg

Dari kiri, Awie, Azrulizam, Yazid, Hadi dan Zamri

Bagi sebahagian, mereka sudah kenal mengenali sejak zaman kanak-kanak. Bagi saya ini adalah tahun ke 14 kami kenal satu sama lain sejak tahun 1993 selepas saya berpindah masuk ke SMK Tinggi Melaka, kami membawa haluan masing-masing tanpa menidakkan nilai kepentingan persahabatan yang terjalin di sekolah itu.

Saudari Johari mengadakan majlis barbeque Aidilfitri semalam (Ahad, 28 Oktober 2007) di rumahnya, Presint 10 Putrajaya.

Inisiatif kepada penghasilan web forum MHS98 Forumotion menjadi titik tolak kepada beberapa siri perjumpaan melibatkan ziarah, majlis berbuka puasa dan segala macam lagi yang disusun pada masa akan datang. Forum ini baru sahaja dilancarkan oleh saudara Nizam atau dikenali dengan gelaran Boboy.

Saya perlu berterima kasih kerana inisiatif ini menjadikan kami mudah menghubungi satu sama lain. Jika tidak, masakan sahabat saya saudara Kamal Ebby Shah boleh mendapatkan nombor telefon saya jika beliau sendiri tidak menyertai MHS98 Forumotion.

imgp1710.jpg

Dari kiri, Nizam, Azrulizam, Johari dan Azrie.

Mengapa MHS98?

MHS98 adalah nama sekolah dan tahun yang digabungkan. MHS merupakan singkatan perkataan Malacca High School atau dalam bahasa Portugis dijadikan cogankata Meliora Hic Sequamor (Here We Strive for Better Thing)

Tahun 1998 adalah tahun akhir kami bersama di sekolah ini sebelum masing-masing melanjutkan pengajian ke tempat lain dan ada pula yang sudah membina karier lebih awal.

Saya meletakkan label berjaya dalam hidup mereka. Ada yang sudah mempunyai perniagaan sendiri, bekerja di agensi swasta dan kerajaan dalam kedudukan yang menjadikan gelaran di pejabat sebagai Tuan. Dalam serius masing-masing di alam kerja dan urusan keluarga mereka, apabila kami bertemu, sikap kegilaan 1998 menjadi wajah sebenar masing-masing.

Mentor saya pernah memberi pesanan, rakan-rakan di alam bekerja berbeza dengan rakan-rakan di alam persekolahan. Rakan-rakan saling dukung-mendukung dan menjadi insuran sosial satu sama lain. Insuran sosial yang melindungi pemikiran, hati, tindakan dan keputusan kita.

Pengurus PTS Islamika, Tuan Faris pernah bercerita, antara nasihat yang tidak dapat beliau lupakan ialah agar menjaga dan meneruskan hubungan yang baik dengan rakan-rakan ketika mana masing-masing bersahabat bukan atas dasar kepentingan. Pada suatu hari nanti, mereka akan mempunyai nama tersendiri dalam dunia masing-masing, tetapi kerana persahabatan yang bermula dari tiada nama itulah yang menjadi lebih telus, ikhlas dan berpanjangan.

Allah lebih mengetahui.

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga istimewa dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

One thought on “Wajah 1998

  1. Anonymous berkata:

    Assalamualaikum saudara Zamri, terpaku seketika membaca pesanan mentor saudara supaya menjaga jalinan rakan2 dgn ikhlas kerana meeka boleh menjadi pendukung sewaktu susah. Begitu juga saya menamalkan sikap sebegini namun lewat ini terjadi suatu kejadian yang tak best dimana rakan2 sendiri memfitnah, kutuk dll..saya skrg belajar di oversea dan mereka2 ni suka membuat cerita dan menyebar pada orang..tak banyak tentunya sikit orang akan percaya. Namun saya mesih meneruskan kuliah dgn semangat nya dan msh bersikap positif. Rasanya klau perangai melyu jumud pun masih dibawa kesini baik tak yah belajar oversea klau pemikiran msh mcm melayu lama…but at one time rasanya dah tak boleh simpan dah, kena lepas je marah nih tp tu la karang gaduh..aduh bingungnya.mereka2 ni depan takut belakang buat cerita..konpius..bole tak jadi mentor nak guide saya dalam kehidupan mencabar hari nih. Kat oversea ni komuniti sebangsa sgt kecik, so sy nak upgrade kan jurang rakan dan kenalan yg suka think out of the box n positif so that saya akan terus bersemangat, maju, positif dan tak terlayan dgn sikap2 jumud melayu2 lama di sini..coz saya rasa lemah dan sgt2 negattif bila berkwan dgn org2 yg negatif begini..help..wanna get out from this.
    And one more dimana ye saya boleh berkenalan dgn org2 yang high motivated ni..sebab sekarang saya rasa banyak kekonfiusan, susah senang saya boleh je minta opinion mereka ni. thx. salam & selamat bekarya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,995 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: