Beri peluang yang adil.

1

November 11, 2007 oleh zamrimohamad


A demonstration is an historically and geographically common form of nonviolent action by groups of people. Demonstrations can be used to show a viewpoint (either positive or negative) regarding a public issue, especially relating to a perceived grievance or social injustice. A demonstration is usually considered more successful if more people participate. Topics of demonstrations often deal with political, economic, and social issues.

Wikipedia

Rakyat bukan hendak mencabar

Sebagai rakyat Malaysia salah satu perkara yang menjadi keutamaan sebagai seorang warganegara adalah hak dan kebebasan bersuara secara terpimpin dihormati.

Kerajan dari rakyat untuk rakyat tidak menolak sebarang usaha selari dengan demokrasi yang membuka pintu kepada pemerintah agar mendengar sudut pandang rakyat.

Hak menyuarakan pandangan bukan sahaja dalam penulisan semata-mata, ia hidup melalui lisan dan tindakan bersama yang jelas pandangan dengan prinsip hidup menunjangi alasan.

Ahli keluarga yang berada di kampung menelefon saya bertanya khabar dan pertama kalinya pada tengah hari 10 November 2007, dalam keadaan tidak tahu menahu mengenai politik negara kerana suasana kampung yang hanya menguruskan pohon bunga, kucing belaan dan rumah kampung yang semakin usang, beliau tiba-tiba berkongsi rasa pedih hatinya mendengar kata-kata “saya pantang dicabar” apabila disiarkan di media arus perdana.

Hilang 55 tahun kepercayaan

Saya merasakan itulah ucapan yang sangat personal sifatnya. Ia terus menyentuh hatinya sebagai rakyat yang percaya dengan ikrar bekerja untuk rakyat. Hati orang kampung yang beratur seawal jam 7 pagi sewaktu pilihanraya bagi memilih wakil yang menjadi kerajaan kini hari ini sudah terguris dan memadamkan lima puluh lima tahun sokongan beliau.

Dalam teori komunikasi, antara elemen yang ada dalam komunikasi interpersonal ialah komunikasi tidak boleh diundur. Sebagai contoh jika sekumpulan juri mendengar kenyataan dari saksi dan peguam meyakinkan kenyataan itu tidak relevan sehingga hakim meminta juri mengabaikan kenyataan saksi sebelum itu. Adakah juri dapat memadamkan kenyataan yang didengar daripada otak agar ia tidak mempengaruhi keputusan mereka terhadap pesalah?

Adakah berbeza pendapat dan pendekatan menjadikan kita musuh segera?
Pembaikan secara konsisten

Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 adalah satu perhimpunan yang menyatakan suara demokrasi yang menuntut kuasa pengimbang yakni Yang di-Pertuan Agong bagi menyampaikan hasrat rakyat yang ingin melihat sistem diperbaiki dari masa semasa.

Pakar pembangunan insan selalu menyatakan betapa pentingnya perubahan dan pembaikan diri secara konsisten dalam mengekalkan kecemerlangan.

Itu cerita pembangunan insan, dalam sebuah organisasi pembaikan secara terus adalah mengguna pakai formula yang sama.

Baru pulang dari rumah terbuka dan majlis perkahwinan abang kepada sahabat saya. Bersama-sama seorang sahabat yang kerjanya bertanggungjawab menulis ucapan kepada pemimpin politik kerajaan, pandangan beliau saya halusi.

Sebagai bekas pelajar sains politik, beliau memahami perhimpunan aman adalah elemen suara demokrasi yang dibenarkan. Malah beliau ketika diminta menulis ucapan bagi pemimpin politik sebagai respon terhadap perhimpunan ini menahan jari jemarinya mengetuk papan kekunci komputer.

“Dengar apa ingin mereka kata dahulu. Beri peluang,” katanya.

Belum apa-apa, beberapa individu mengatakan demonstrasi ini boleh membawa kepada huru hara dan rasa tidak aman. Dibandingkan dengan negara dan peristiwa-peristiwa lain yang berlaku sebagai pengukuhan fakta. Tetapi perhimpunan BERSIH menjadi perhimpunan yang bertentangan dengan harapan sebilangan individu yang ingin melihat ia sebagai perhimpunan kacau bilau.
Rakyat cinta keamanan

Rakyat Malaysia adalah rakyat yang berfikir. Tahu apa itu baik buruk dalam pilihan hidup, faham apa jua pilihan akan membuka satu jalan baru dalam masa hadapan negara, dalam isu ini mereka meminta peluang didengari.

Sehari sebelum perhimpunan BERSIH, ada kenyataan media kurang 60 saat diberikan, “Perhimpunan ini tidak akan mencapai sasaran. Kami ingin mengumpulkan 50,000 orang pun sukar bagi perhimpunan….” nampaknya beliau tersilap lagi.
Demonstrasi bukan benda baru
Demonstrasi bukan perkara baru dalam sejarah Malaysia. Dalam sosiologi, demonstrasi adalah elemen kekitaan yang bertindak menampung emosi dan menjadi saluran secara simbolik terhadap sesuatu isu.

“Demonstrasi bukanlah sesuatu yang baru bagi orang Melayu. Penentangan orang Melayu dan demonstrasi terhadap gagasan Malayan Union merupakan manifestasi ketidakpuasan hati orang melayu apabila agama, bangsa dan Sultan cuba dipermainkan oleh Inggeris. Siapa yang menganjurkan demonstrasi menentang Malayan Union? Hasil daripada itu lahirlah apa yang dikatakan UMNO.

Apakah tindakan orang Melayu apabila seorang anak Belanda cuba dimurtadkan semula oleh pihak penjajah dalam peristiwa Natrah di Singapura ? Mereka berdemonstrasi di depan Mahkamah Singapura.”

Petikan pendapat Umno-reform
“Hari ini, genap 60 tahun lalu, 10 Februari 1946 dianggarkan lebih 15,000 umat Melayu mengadakan tunjuk perasaan menentang Malayan Union, di Batu Pahat, Johor. Tunjuk perasaan ini telah dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar, Pegawai Daerah Batu Pahat.

Sebelum peristiwa ini, pada penghujung tahun 1945, satu berita bahawa Harold MacMichael telah mendapat persetujuan raja-raja Melayu untuk menubuhkan Malayan Union yang telah mengejutkan orang-orang Melayu dan secara spontan tercetuslah gerakan protes, dalam beberapa minggu saja jadi semakin garang dan semakin kemas.

Tunjuk perasaan 10 Februari ini adalah demonstrasi politik Melayu pertama yang paling besar dan menjadi perangsang terjadinya demonstrasi yang sama di negeri lain di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. “
Sedutan Laman Web ADUN Semarang, YB Samsol Bari bin Jamali berjudul Memori Perjuangan 60 tahun Bangsa Melayu di Batu Pahat yang merupakan satu tulisan Utusan Melayu bertarikh Februari 10, 1946.

Some 5,000 people protesting against Israeli and United States policy in West Asia tried to barge into the venue of the 13th Asean Regional Forum (ARF) here Friday where United States Secretary of State Condoleezza Rice is attending security talks.
Led by Umno Youth deputy chief Khairy Jamaluddin, the protesters comprising Barisan Nasional (BN) Youth members marched on the forum venue after Friday prayers at the nearby As-Syakirin mosque close to the Petronas Twin Towers.

This forced the security personnel to hold back the crowd at the main entrance of the venue where the foreign ministers of the 26 ARF countries, including the 10 Asean members, are having their retreat at level three.


Khairy demanded that Rice come down and listen to their grouses over the situation in Lebanon, which is under attack by Israel in its fight with the Hizbollah militants, and repeatedly shouted
“Rice, come down now!”.
However, security at the venue, guarded by hundreds of police and federal reserve unit personnel backed by helicopters, snipers and sniffer dogs, was under control.

Khairy also labelled Rice as a “terrorist” and demanded that she come down and meet him within five minutes or at least send US ambassador to Malaysia Christopher LaFleur.

US and Israeli flags were burnt outside the venue and banners screaming “Stop Israel Invasion”, “Jahanam USA! Jahanam Israel! Selamatkan Palestin!”, (Go To Hell USA! Go To Hell Israel! Save Palestine), “Is a teardrop of Israel more valuable than a blooddrop of Lebanese” were displayed.

Effigies of US President George W.Bush, Rice and British Prime Minister Tony Blair were also paraded and abuses were hurled at them.


Twice Khairy was permitted to enter the venue to hand over a protest memorandum but within a few minutes was escorted out again by security officials.


He was finally allowed in alone at about 4.15pm.


The crowd stayed put at the front entrance of the venue despite the drizzle.-BERNAMA
Petikan South-South Information Gateway (SSIG)
Demonstrasi mengejutkan manusia tidur
Satu kes menarik dalam isu demonstrasi aman di luar negara dapat dilihat melalui demonstrasi aman yang memprotes ketidak adilan dan diskriminasi terhadap kumpulan pelajar Mexico-Amerika pada tahun 1968.
Demonstrasi aman pada Mac 1968 berpunca daripada diskriminasi melalui sistem pendidikan serta pengurusan sekolah di timur Los Angeles yang menekan kumpulan pelajar Mexico-Amerika.
Isunya, mereka tidak dibenarkan menggunakan bahasa Sepanyol dalam pertuturan dan tidak dibenarkan menggunakan tandas ketika waktu rehat. Silabus pendidikan yang diajar jelas menafikan peranan Mexico-American dalam sejarah perkembangan Amerika.
20,000 orang pelajar meneruskan gelombang demonstrasi ini dan melibatkan sekolah-sekolah awam di Roosevelt, Wilson, Lincoln, Garfield, and Belmont. Pada hari kedua demonstrasi menyaksikan keganasan polis yang dirakam dan disiarkan ke kaca televisyen seluruh Amerika sehingga mewujudkan gelombang bantahan aman lebih besar.
Democracy Now
Wikipedia

Gambar Haris Ibrahim

Semua orang ada sebab berjalan dan saudara Amri ini ada sebab untuk berjalan bersama 100,000 dalam demonstrasi aman BERSIH.

“The ultimate measure of a man is not where he stands in moments of comfort and convenience, but where he stands at times of challenge and controversy.”

Martin Luther King

Advertisements

One thought on “Beri peluang yang adil.

  1. MYA MARJA berkata:

    Assalamualaikum,
    Bahasa Si Takut al Pengecut dan bahasa Si Berani pasti berbeza. Perbezaan jelas nyata itu sedang kita tontoni bersama-sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,203 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: