Pesan bisnes oleh Puan Norlela

Tinggalkan komen

November 18, 2007 oleh zamrimohamad


Saya senaraikan beberapa tip daripada penulis yang memberikan ceramah buku pada hari Ahad lalu.
Puan Norlela menemuramah 50 usahawan di Malaysia.
  • Selaku seorang peniaga, diri bertindak sebagai mastermind dalam membuat keputusan bisnes. Budaya membaca memberi input dan menguatkan keputusan dalam bisnes saudara.
  • Carilah mentor dalam bisnes.
  • Tidak bermakna mentor perlu mengenal saudara. Buku-buku yang bercerita tentang individu sebenar dalam dunia bisnes boleh menjadi mentor saudara.
  • Budayakan suka mendengar kerana ia sumber maklumat bagi mengurus bisnes saudara.
  • Pembunuh bisnes adalah ego. Kerana ego menjadikan peniaga melihat pinjaman besar sebagai jaminan bisnes.
  • Jangan prejudis dengan orang yang gagal. Kebanyakan peniaga bertaraf jutawan adalah orang yang pernah gagal dan mempunyai cerita sedih masing-masing.
  • Kita boleh menjual apa sahaja pada apa sahaja harga jika kita menjual diri kita. Maksudnya menjadikan orang suka pada kita. Petua Dato’ Maznah Hamid pengasas Securiforce diceritakan kepada Puan Norlela.”Dato’, bagaimana orang suka dengan Dato?” Jawabnya, “Klien di kalangan orang kaya ada yang sukar mahu tidur. Mungkin memikirkan keselamatan atau apa sahaja. Pada suatu hari, klien saya menelefon, “Puan, saya tidak boleh tidur.” Kata saya, “Tuan jangan bimbang, saya bangun, saya sembahyang dan doakan Tuan.” Mereka senang hati dengan jawapan seperti itu.
  • Dato Maznah memegang semua peranan kecil dalam bisnes bersama suaminya. Beliau menjadi kerani, penghantar surat dan pegawai pemasaran bagi membina bisnes.
  • Modal utama adalah diri bukan duit.
  • Jangan letak semua telur ke dalam satu bakul. Asingkan agar tidak rugi jika bakul itu jatuh. Telur itu ialah modal atau wang saudara.
  • Dato’ Dr Zaharah Kadir yang menjadi usahawan produk berasaskan polimer bertindak sedemikian. Sebahagian model dijadikan sumber bagi bisnes utama. Ketika zaman gawat, bisnes utama mengalami kerugian. Maka, sebahagian modal yang dilaburkan dalam bisnes herba pula sedang menunjukkan peningkatan.
  • Jangan sesekali abaikan keluarga.
  • Cipta tabungan sebagai keutamaan bukan sekadar meminjam wang kerajaan.
  • Puan Hajjah Faizah, pemilik Beras Faizah yang menaja rancangan Bersamamu pada awalnya mengusahakan produk berasaskan rempah. Rempah diproses di tempat lain kerana beliau tidak mempunyai mesin pemprosesan, selain itu, Puan Faizah mengusahakan pembungkusan asam kecut secara sambilan sebagai cara mencipta tabungan bisnesnya.
  • Jangan teruja membuat membuat pelaburan besar membina kilang dalam perniagaan skala besar saudara. Ikuti rombongan perniagaan yang berkait rapat dengan jenis bisnes saudara. Mulakan dengan menjadi orang tengah membekalkan produk tersebut dari pengilang kepada pelanggan.
  • Apabila sudah mempunyai rangkaian pelanggan yang ramai dan kukuh, merancang kepada pelaburan besar yang dimaksudkan.
  • Orang yang meminjam dalam bisnes lebih mudah berbelanja besar tanpa rasa takut berbanding mereka yang menggunakan wang hasil simpanan sendiri.
  • Sebagai contoh, mudah bagi orang berbelanja dengan kad kredit tanpa rasa bimbang kerana ia bukan duit yang dikumpulnya.
ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,134 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: