Tip-tip dari pengamal terapi kuasa minda

Tinggalkan komen

November 18, 2007 oleh aliman


Tip-tip dari pengamal terapi kuasa minda yang merupakan penulis Rahsia Minda Jutawan. Saya petik daripada ceramah yang saya hadiri. Dikongsi oleh penulis dan pengamal terapi minda, Amar Mahmood.

  • 60-70 peratus orang ramai banyak memasukkan program negatif dalam minda mereka.

  • Bagi mengubah hidup, ubah rangka pemikiran dan sistem kepercayaan diri.

  • Afirmasi adalah kaedah mudah mengubah cara berfikir, iaitu mengulang-ulang kata positif. Ia bertindak sebagai doa, menarrik tenaga.

  • Sama halnya seperti orang bertapa, mengulang-ulang ayat yang sama sebagai memprogram minda. Ada yang duduk di dalam gelap, secara saintifik ia membantu mengubah gelombang otak kepada gelombang theta.

  • Semua orang tanpa sedar adalah pengamal kuasa minda. Dahulu teknik ini diberi nama yang lain sehingga kelihatan seperti mantera misteri.

  • Teknik memprogram minda secara visual mempunyai dua cara, bayangan dalam fikiran atau menampal gambar apa yang ingin dicapai.

  • Kekayaan adalah tenaga. Fokus kepada tenaga.Anak-anak kecil membesar dengan kuasa visual yang besar.

  • Jangan diperkecil, contohnya anak-anak berangan-angan menjadi peniaga kaya raya disahut pula oleh ibunya, “Jangan hendak berangan. Bukan senang nak jadi jutawan.” Tindakan ini mengecilkan kuasa visualnya.

  • Program televisyen berulang adalah contoh teknik afirmasi yang memprogram minda penonton.

  • Teknik mengawal minda ketiga dengan menulis. Amalan Feng Shui menyebut jika ingin perubahan positif tulis dengan fokus selama 40 hari.

  • Jadilah CEO kepada diri. Kawal cara saudara berfikir.

  • Ramai memperkenalkan subjek minda positif. Tetapi mereka hanya memperkenalkan konsep sahaja. Apa yang diperlukan kini ialah pakar terapi minda. Diri pakar terapi minda bertindak seperti doktor.

 

zamri_k.jpg

 

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 371,343 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: