Penulis bersama Rahsia Bisnes Mamak bergelar raja sehari!

1

November 21, 2007 oleh zamrimohamad


Gambar diambil daripada Op, Forum Geng Jurnal

Seperti saya ceritakan sebelum ini, sebelum memenuhi acara program ceramah buku di Alpha Angle, saya sempat ke majlis persandingan dan kenduri perkahwinan sahabat dan rakan penulis bersama, Tuan Muhd Faisal Sharbuddin dan Puan Wasilah Muda. Ha, panggil Tuan dan Puan selepas ini. Tahniah!

Penulis bersama Rahsia Bisnes Mamak. Terbit pada tahun 2008.

Muhammad Faisal Sharbudin dilahirkan pada 2 Disember 1979 di Kampung Pandan, Selangor. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (I) Kuala Lumpur, Ampang sebelum melanjutkan pengajian menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Hamidiah, Kajang, Selangor.

Berpengalaman luas dalam dunia bisnes sejak berumur sepuluh tahun lagi. Muhammad Faisal Sharbudin dilahirkan dalam keluarga bisnes dan dididik dalam budaya perniagaan India Muslim dari rumah. Saudara-mara beliau juga merupakan peniaga-peniaga yang aktif dalam pelbagai jenis bisnes melibatkan perniagaan runcit, kedai makan dan restoran, perniagaan pengedaran novel dan buku-buku agama, perniagaan pertukaran wang asing, perniagaan berasaskan tekstil dan perniagaan pembuatan roti.

Ayah beliau juga merupakan peniaga berasaskan runcit dan dari sini beliau mempelajari selok belok perniagaan sebelum didedahkan dengan bisnes milik saudara maranya.

Muhammad Faisal Sharbudin merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Muhammad Faisal memperolehi Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), kampus Jengka, Pahang. Kemudian beliau melanjutkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan dari universiti yang sama di kampus Shah Alam, Selangor. Pengalaman bisnes beliau berkembang apabila melibatkan diri secara langsung dalam bisnes menjual makan segera di asrama dan membuat kerja-kerja separuh masa di institusi pengajian tinggi seperti menjadi agen insuran, agen unit amanah, menjual dadih di masjid dan menjalankan perniagaan-perniagaan yang bermusim.

Selain pengetahuan dalam bisnes tempatan, beliau juga mempunyai bakat kreatif dalam penulisan non-fiksyen melalui penghasilan skrip drama pentas, filem pendek, cerpen dan sajak.

Muhammad Faisal Sharbudin menjawat jawatan pembantu akauntan di sebuah firma antarabangsa.

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Advertisements

One thought on “Penulis bersama Rahsia Bisnes Mamak bergelar raja sehari!

  1. Anuar Manshor berkata:

    Cepat-cepatkanlah terbit buku itu. Jenuh menanti…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,102 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: