Hantu Islami

Tinggalkan komen

November 27, 2007 oleh zamrimohamad


Dalam bengkel menulis cerita hantu Islami, kumpulan bengkel telah sepakat dalam beberapa isu. Buku hantu boleh dijadikan bahan pengajaran dan pendidikan yang baik bermula pada umur tujuh tahun ke atas. Kesimpulan pin-poin di bawah bebas dikembangkan oleh para pelawat dengan memberi respon di bahagian komen entri ini. Terima Kasih.

  • Watak-watak yang digunakan dalam buku hantu Islami hendaklah bersifat positif. Iaitu memaparkan watak hubungan bapa dan anak yang baik dari sudut akhlak, si anak belajar daripada bapa.
  • Kaedah si anak menegur bapa dengan cara terbaik sebagaimana cara nabi Ibrahim menegur ayahnya yang menyembah patung berhala.
  • Wujud watak rakan-rakan yang pelbagai ragam dan saling dorong mendorong ketika menyelesaikan kes.
  • Diketengahkan unsur hantu yang menjadi kepercayaan tempatan dan antarabangsa. Bermula daripada kepercayaan yang menakutkan kepada kepercayaan bahawa hantu adalah benda yang tidak perlu ditakuti.
  • Memberi bonus ilmu kepada pembaca. Sebagai contoh tim hantu Islami PTS bersetuju membawa cerita dengan menggunakan latar hantu dan keadaan luar negara sebagai cara memberitahu pembaca suasana dan keadaan di luar Malaysia. Ia secara langsung menjadi karya yang bersifat universal. Siri hantu Islami membawa kepada cerita menjelajah dari satu tempat ke satu tempat.
  • Tidak ada unsur-unsur sesat, tahyul, kepercayaan karut yang berjaya dalam siri novel hantu Islami melainkan penggunaan ayat Quran.
  • Hantu dalam siri novel hantu Islami sama ada jenis hantu yang dicipta oleh jin dan syaitan atau hantu yang dicipta manusia mengikut kepandaian mereka bagi melepaskan diri daripada keadaan atau hendak mengambil peluang daripada orang lain.
  • Hantu sama ada berjasad, ghaib dan berjantina. Mengikut kefahaman masyarakat atau penciptaan watak oleh penulis sendiri.
  • Menyentuh beberapa amalan-amalan yang dianggap karut tetapi kajian sains membuktikan ia adalah sesuatu yang boleh diterima pakai.
  • Menolak cara ibu bapa menakutkan anak-anak dengan cerita hantu bagi mendidik mereka. Hantu Islami menggunakan pendekatan kanak-kanak yang berani dan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi sehingga berani berhadapan dengan hantu-hantu.
  • Kanak-kanak lelaki sebagai hero mempunyai mentor yang tahu mengenai ilmu moden dan tradisional.
  • Penggunaan nama watak yang universal.
  • Menggunakan bahasa Melayu tinggi.
  • Penulis boleh melayari kes-kes paranormal luar negara dan digunakan sebagai bahan cerita novel. Ia boleh dikembangkan dengan idea fiksyen sendiri, tidak terlalu rigid.
  • Gabungan pendekatan psikologi, komunikasi dan sains di selang seli dalam penulisan.
  • Modul penulisan siri hantu Islami menggunakan kaedah surah Yusof. Jika ada yang belum mengikuti bengkel teknik menulis menggunakan teknik surah Yusof boleh melayari http://www.sasteraislami.blogspot.com/
  • Poin-poin ini terbuka bagi sebarang cadangan dan tambahan.

Gambar diambil daripada http://www.filemkita.com/poster/main-main_hantu_01.jpg

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 357,038 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: