Alhamdulillah kamera sudah pulih.

Tinggalkan komen

Disember 31, 2007 oleh zamrimohamad


Kamera KODAK EZ saya sudah pulih. Gara-gara gatal tangan memasukan pengecaj yang tidak sepatutnya ke kamera tersebut. Akibatnya papan litar elektroniknya terbakar dan perlu diganti.

Kakitangan berbangsa Cina yang bertugas di bahagian baik pulih kamera digital KODAK di Compugates (gambar kiri) itu pun hairan apabila saya menghantar kamera itu untuk dibaik pulih. Pada awalnya beliau menjangkakan baik pulih mengambil masa sebulan. Papan litar yang terbakar perlu diambil dari Singapura. Sebaliknya dua hari selepas itu beliau menelefon dan memberitahu ia sudah dibaiki.

“Tidak ada pelanggan hantar kamera ini ke sini,” katanya. Mukanya jelas menunjukkan kehairanan.

Katanya lagi, “Ini model terhad. Tidak ada dijual mana-mana lagi. Pelanggan beli kamera ini kerana lensanya. Seperkara lagi, kamera ini tidak pernah dihantar kerana rosak.”

Saya malu sendiri dan mengaku memang salah saya sehingga kamera ini rosak. Kali ini kakitangan itu marahkan saya kerana tindakan bodoh itu.

Nasihatnya, “Lain kali jangan buat begitu. Saya sendiri tidak berani caj, awak pula berani buat. Sayang sekali. Kamera ini dicari orang. Jangan buat lagi.”

Kamera ini penting kepada saya. Selaku penulis, kita juga merakamkan keadaan sekeliling sebagai bahan. Sebagai pencetus idea dan sebagai sumber tambahan rezeki.

Rencana dengan gambar lebih membantu editor majalah berbanding rencana kosong semata-mata. Cuma sepanjang pengalaman saya menulis secara bebas di akhbar dan majalah, gambar tidak dibayar melainkan honorarium dinilai melalui artikel yang dihantar.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,345 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: