Hari terakhir di pejabat

Tinggalkan komen

Januari 3, 2008 oleh zamrimohamad


Sediakan skop tugas dan petua berhadapan politik pejabat.
Susunan fail sudah siap diisi, pekerja baru kemas kini.
Label sudah siap ditampal memudahkan proses dokumentasi.
Selepas lapan belas bulan, barulah saya buat dan tampal.
Cara membuat permohonan gaji bulanan. Format untuk pekerja baru.

Petua penting apabila berhenti kerja.
Pertama, siapkan kerja-kerja akhir jangan bebankan pekerja baru.
Kedua, sediakan catatan skop tugas dan proses kerja bagi memudahkan pekerja baru.
Ketiga, bersihkan pejabat.
Keempat, pastikan barang-barang peribadi sudah dikeluarkan.

Berhenti daripada kerja bukanlah satu perkara yang mudah. Saya kira ada personal attachment yang sangat mendalam dengan tugas ini. Pertama, penyelia saya merupakan pensyarah saya. Kedua kerja ini sangat memudahkan kerja-kerja berkarya. Ketiga, kerja ini sendiri tidak jauh dengan minat saya menulis. Keempat, saya pasti mengingati perjalanan kerja ini dengan turun naik, kontroversi dan politik pejabat dengan jabatan-jabatan lain. Apabila difikirkan kembali, boleh ketawa jadinya.

Tetapi pilihan perlu dibuat. Sebagai saya katakan tahun ini adalah tahun stabiliti, maka perkara-perkara yang wajar mesti dibuat. Mengubah pandu hidup dengan perkara-perkara lain yang menyokong sasaran ini. Mujurlah Allah mengizinkan saya dengan sedikit kekuatan umur dan kesihatanan diri untuk berbuat demikian.

Mengubah keputusan hidup bukanlah perkara mudah. Tetapi ia boleh dilakukan. Pertama, berhenti menyalahkan orang lain dalam kelewatan kita mencapai cita-cita hidup. Pada pandangan peribadi saya, menyalahkan orang lain kerana kita belum mencapai apa yang kita ingin seperti menjadikan orang lain sebagai pintu keluar kekecewaan diri.

Kedua, kita hargai kejayaan-kejayaan kecil. Orang melihat kejayaan kecil seperti tidak ada apa-apa. Tetapi bolehkah kita menaiki tingkat pertama bangunan tanpa memijak anak tangga pertama.

Ketiga, bertanggungjawab dengan kegagalan dan kejayaan sendiri. Selalulah melihat orang lain sebagai tim yang sentiasa menyokong kita dengan menolak potensi diri. Potensi diri tidak hanya timbul dengan perbuatan-perbuatan yang selesa. Adakalanya pandangan orang terhadap ketidak upayaan kita juga adalah booster yang boleh membuat kita melompat jauh.

Oh, apa yang sedang saya tulis ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,187 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: