Cerita tiga tahun dahulu

Tinggalkan komen

Januari 12, 2008 oleh zamrimohamad


Saya menyelongkar peti e-mel bagi melihat kiriman-kiriman lama. Sehinggalah saya membaca kembali e-mel bertarikh 16 Julai 2004. E-mel ini sudah berusia hampir empat tahun. E-mel ini mengubah perjalanan hidup saya sebanyak 360 darjah. Inilah kali pertama saya mendengar nama PTS Publication and Distributor. Ia adalah kiriman Tuan Fauzul Na’im Ishak. Beliau merupakan Pengurus PTS Millenia kini.

Bunyi e-melnya begini; (klik gambar)

Name = Fauzul Na’im Ishak
URL = fauzuln@pts.com.my
Visit = Yes, I would visit again
Hear About = Link from another site

Comments =
Assalamualaikum, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah di atas usaha penulisan yang dibuat oleh pihak saudara. Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri. Saya adalah Pengurus Penerbitan PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS). PTS adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang menerbitkan karya semi akademik berbahasa Melayu. Pihak PTS ingin mengadakan kerjasama dengan pihak saudara dalam menerbitkan lebih ramai karya ilmu dalam pasaran di Malaysia. Produk kami boleh dilihat melalui laman web kami di http://www.pts.com.my. Jikalau pihak saudara berminat bolehlah menghubungi saya di talian 0123804555. Perhatian daripada pihak saudara amat saya hargai.

subject = Survey Results
REMOTE_HOST: 220.128.50.234

Apa yang saya pelajari daripada e-mel ini.

Rupa bentuk laman web yang sudah diubah seratus peratus masih boleh dilihat imejnya di dalam buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Jawapan saya kepada e-mel ini ialah tidak secara hormat kerana ketika itu saya fikirkan saya tidak layak menulis buku sehinggalah setahun selepas itu.

Apabila saudara sudah mula menulis di akhbar, majalah dan forum-forum internet, saudara bina laman web atau blog. Kemaskini dengan siri penulisan yang disiarkan. Insya Allah, saudara mungkin dihampiri oleh penerbit yang berpotensi. Selepas diselidiki latar belakangnya, teruskan impian menulis buku pertama!

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,512 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: