Semak, semak dan semak. Saya sendiri semakin keliru.

Tinggalkan komen

Januari 29, 2008 oleh zamrimohamad


Laporan penuh IMD, klik gambar atau di sini
Laporan Utusan Malaysia
Cerita beberapa orang pelanggan di restoran mencuit perhatian. Kata mereka yang duduk di meja berlainan, sudah tentu pelanggan yang tidak dikenali, katanya, “Kata kita keenam kompetitif terbaik di dunia. Perdana Menteri umumkan, akhbar nasional terpampang di muka hadapan. Aku semak, lain pula kedudukannya.”

Si pendengar menghabiskan beberapa cucuk sate yang berbaki. Dia pulang dan meminta rakannya membuka laman web rasmi World Competitiveness Year Book IMD. Dalam hatinya masih sangsi, mungkin pelanggan itu salah menyemak maklumat.

Dibukanya laman web IMD.

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/index.cfm

Kemudian si rakan mengklik pautan,

http://www.imd.ch/research/publications/wcy/upload/scoreboard.pdf

Dipetik daripada laman web rasmi.

WCY overall scoreboard

The World Competitiveness Scoreboard presents the 2007 overall ranking for the 55 countries covered by the WCY. The economies are ranked from the most to the least competitive and performance can be analyzed on the basis of time-series.

Didapati kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia nombor enam kompetitif di dunia sebenarnya 17 anak tangga ke bawah, iaitu ke 23 kompetitif di dunia. Kenyataan Perdana Menteri, Malaysia mengatasi United Kingdom adalah sebaliknya. United Kingdom mengatasi Malaysia di tangga ke 20.

Fakta yang benar sebagaimana disebutkan dalam akhbar nasional, benar bahawa Malaysia mengatasi Jepun, Perancis dan Korea.

Isu ini menarik perhatian saya sebagai penulis bebas.

Pertama: Semak, semak dan semak fakta sebelum kita menulis bagi apa jua tujuan.
Kedua: Berhati-hati dengan sumber yang diberi oleh pihak kedua. Kita semak fakta terlebih dahulu.

Rakan penulis saya sudah membatalkan hasratnya menulis kepada media mengenai kompetitif Malaysia di tangga keenam.

Cuma satu kekeliruan apabila akhbar menyebut kenyataan ini.

Perdana Menteri yang memetik laporan World Competitiveness Year Book yang dikeluarkan oleh IMD, sebuah institusi pengajian perniagaan terkemuka berpejabat di Switzerland, berkata, dari segi kecekapan Malaysia yang tergolong dalam kategori negara mempunyai lebih 20 juta penduduk mengatasi United Kingdom, Jerman, Thailand, Sepanyol, Jepun, Rusia dan Perancis. –Petikan Utusan Malaysia 28 Januari 2008

Jika diukur kompetitif Malaysia daripada kedudukan kategori negara mempunyai lebih 20 juta, United Kingdom masih berada di atas Malaysia, begitu juga negara Jerman.

Mohon pihak tertentu menjelaskan fakta ini bagi tujuan pembetulan jika sudut pandang saya ditafsir berlainan. Entri ini ditulis bukan bagi tujuan pilihanraya atau seumpamanya. Satu panduan penulis bebas dalam pengkaryaan dan pengumpulan maklumat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,941 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: