Dewan Bahasa, Majalah Dewan dan Temubual

1

Februari 2, 2008 oleh zamrimohamad



Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berkesempatan memenuhi jemputan editor majalah Dewan Bahasa bagi temubual berkenaan etika dan penulisan di blog. Saya kira Allah mempermudahkan urusan saya pada hari itu. Saya sebenarnya terlewat daripada perancangan asal ke sana sejam dua lebih awal. Kerana urusan lain, saya ke sana menggunakan bas dan lrt dengan perancangan awal ke sana melalui stesyen Komuter Hang Tuah atau monorel Pudu.
Setiba di KL Sentral, saya melintasi sebuah bas dan membaca papan tanda dari cermin pemandu bas. Sudah tentu tulisan papan itu terbalik jika dibaca dari belakang.

“D. Bahasa & Pustaka,” saya membacanya.

Itulah pertama kali saya cuba-cuba menaiki bas menuju ke Dewan Bahasa Pustaka. Tetapi hanya seorang sahaja penumpang di dalam bas itu, iaitu saya. Keramahan pemandu bas meredakan debar hati, takut-takut tidak sampai ke DBP. Laluan di hadapan bangunan DBP ditutup sehinggakan pemandu perlu menggunakan laluan alternatif.
Mujurlah pemandu bas itu membenarkan saya berhenti di simpang empat berhadapan bangunan DBP. Ia mempercepatkan perjalanan saya ke sana.

Kali terakhir saya ke sana ketika jualan buku DBP di bangunan lama. Kini DBP beroperasi di bangunan baru. Sempat juga singgah sebentar ke galeri buku DBP. Sedang mencongak-congak buku apa yang hendak dibeli sebagai ole-ole untuk dibawa pulang.

Ke tingkat 20, bahagian majalah pada jam 2.00 petang. Kakitangan di sana baru sahaja pulang selepas sejam waktu rehat. Pegawai lelaki berbaju batik, setiap hari Khamis adalah hari pakaian batik sebagaimana dimaklumkan oleh kementerian di bawah kendalian Rais Yatim.
Oh, sesi temubual sudah pasti banyak perkara yang saya pelajari. Seperti saya katakan kepada Puan Ritah Yahaya, setiap temubual dan ceramah adalah hukuman gantung kepada saya. Perlu ada kerja rumah sebelum menerima apa-apa jemputan.

Majalah Dewan Bahasa melalui evolusi yang menarik. Bermula sebagai sebuah jurnal bahasa, ia berkembang menjadi majalah yang dipelopori oleh pakar-pakar bahasa. Kemudian ia berkembang lagi menjadi majalah yang menggabungkan dua sudut pandang. Pandangan pakar dan pandangan orang biasa.

Satu sesi temubual yang menarik, mengajar saya banyak perkara. Sudah tentu saya belajar perkara-perkara yang boleh dijadikan panduan kepada saya dan teman-teman lain.

Apakah isi temubual itu?

Dapatkan majalah Dewan Bahasa Mac 2007.

Terima kasih kepada DBP, Puan Ritah dan tim majalah Dewan atas peluang yang diberikan.
Tip-tip
  • Kenalpasti lokasi temubual, bertanya jika tidak tahu. Gunakan carian internet dan kenalpasti laluan bas atau teksi. Jika berlaku kecemasan, seperti kenderaan rosak, kita tidak mudah panik.
  • Lakukan sedikit kerja rumah bagi tajuk temubual yang diberikan. Informasi melalui akhbar dan internet atau simpanan data sedia ada.
  • Bawa bahan yang berkaitan seperti buku-buku yang boleh dikaitkan dengan tajuk temubual.
  • Ambil peluang belajar daripada penemubual. Ketahui dasar majalah, sejarahnya dan perkembanganya. Boleh jadi ia sesuatu yang boleh dipraktikkan.

One thought on “Dewan Bahasa, Majalah Dewan dan Temubual

  1. Anuar Manshor berkata:

    Sampai hati saudara tidak berjumpa dengan saya:(

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,941 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: