MASKARA 6 ekspresi seni yang jujur.

1

Februari 4, 2008 oleh zamrimohamad



Diambil daripada blog Sindiket Sol-Jah

Saya tertinggal kunci di Melaka.
Saya mulai sedar apabila tiba di Kuala Lumpur.
Saya tidak dapat masuk ke bilik.
Rakan sebilik tidak pulang sehingga Isnin.
Saya terpaksa menginap di rumah rakan lain.
Saya mengikut beliau ke program MASKARA 6.

Kesimpulan cerita ini.

Saya berpuas hati dengan pengalaman pertama ini. Berpuas hati dengan variasi seni dari yang membaca, menyanyi, membuat komedi, membacakan petikan buku, mengalunkan ritma karya klasik dan meluahkan rasa hati dalam kerangka seni.

Satu pengalaman baru menjejak kaki ke rumah Pena. Di tingkat atasnya ada gambar setiausaha PENA 1977-78 yang kini sudah menjadi tuan guruku.

Satu pengalaman baru berhibur dengan karya seni intelek yang bebas berekspresi dengan ekperimen-eksperimen baru. Jauh lari daripada konsert mainan panggung televisyen.

Bertemu dengan Tok Rimau semula selepas kali terakhir di BMW Shorties bersama Dean Sham yang mempersembahkan komedi berdirinya.

Kangaq membacakan petikan manuskrip Takluk Jagat. Saya menantikan karya ini sejak tahun 2005 ketika kami mula-mula bekenal-kenalan di bengkel PTS dahulu.

Aliff dan Ismail menghidupkan komedi silap mata yang segar konsepnya!

Akhirnya, saya diperangkap ke dalam salah satu gambar sepanjang aktiviti MASKARA.

Hikmah tertinggal kunci, keseronokan ekspresi seni yang jujur.

Advertisements

One thought on “MASKARA 6 ekspresi seni yang jujur.

  1. Op berkata:

    jumpa lagi di maskara 7, insya Allah 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,117 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: