Al Fatihah buat teman, sahabat dan rakan seperjuanganku di PTS

Tinggalkan komen

Februari 5, 2008 oleh zamrimohamad


Saya menerima pesanan ringkas daripada Puan Ainon ketika berada di bengkel kejurulatihan, pimpinan Tuan Osman Affan. Pesanan ringkas dari telefon bimbit yang membuat keadaan sekeliling sunyi tiba-tiba.

Saya menunjukkan pesanan di telefon bimbit itu kepada Tuan Shamsuddin Kadir yang berada di sebelah. Kami berdua terdiam.

Al Fatihah buat sahabatku, Tuan Ahmad Zafran atau dikenali dengan nama Panaharjuna.

Saya mengenali allahyarham ketika di bengkel.

Kad nama beliau dengan gambar ketika kecil merupakan tanda pengenalan kami yang pertama.

Allahyarham jualah yang bersungguh-sungguh mempertemukan saya dengan Pak Samad ketika Pesta Buku dua tahun lalu.

Allahyarham jualah yang menjadi pencerita karya-karya saya di hadapan Pak Samad dan menjadi senda gurau yang menceriakan.

Allahyarham jugalah pengendur kepada konflik pelukis dan penerbit. Usaha beliau menyedarkan pelukis dan penulis baru dalam menjaga hakcipta adalah perkara yang selalu saya dengar dari mulutnya.

Memang benar kata Puan Ainon, beliau membawa bendera PTS dengan penuh yakin, percaya dan bersungguh-sungguh.

Saya sukar hendak melupakan beliau, minum teh di gerai hadapan HQ PTS Batu Caves sambil menunggu giliran ditemuramah Tuan Sayed Munawar untuk Resensi RTM.

Cerita cerianya mengenai novel Tegar membuat saya senyum sendiri mengingat kenangan itu.

“Orang ingat ini kisah penagih dadah,” katanya.

Kami ketawa.

Tempat pertama yang mempertemukan kami jugalah tempat terakhir kami berbicara. Bengkel PTS Novel Profesional adalah bengkel terakhir.

Orang di atas sedang berbengkel, kami di restoran bawah berbual panjang sehingga tidak ke kelas.

Perbualan yang benar-benar panjang. Bercerita mengenai skrip dan perancangan menjadi penulis bebas.

Kali terakhir itulah kami bertemu dengan kata-katanya, “Sampaikan salam saya kepada kawan-kawan di atas.”

Al Fatihah buat sahabat dan inspiratorku .

Petikan blog allahyarham,
Kata Allahyarham SN Usman Awang,seseorang hanya layak di gelar penulis setelah berani menyatakan sikap. Saya, hanyalah seorang penulis kerdil yang cuba-cuba hendak mengikuti jejaknya para sahabat, belum tentu tahu dapat atau tidak. Seorang anak yang cuba-cuba hendak membahagiakan ibunya namun belum pasti sama ada mampu atau tidak. Seorang pendosa yang cuba mencari jalan kembali bertemu tuhan dan berharap-harap agar ada belas Allah mengampunkan dirinya yang banyak berbuat khilaf dan dosa.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,331 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: