Temubual bersama Zamri Mohamad di Resensi TV1, Selamat Pagi Malaysia.

2

Februari 21, 2008 oleh zamrimohamad


Tuan Syed Munawar, hos Resensi RTM 1 (kanan).
Jurukamera tim RTM 1
Lintas langsung WebTV PTS
Chef Zul Desa dan novel jibunsyinya (kiri).
Saudara Amin Idris (kiri) penulis siri PDA.

Alhamdullillah, pujian ke hadrat Allah. Satu demi satu perkara yang menarik berlaku sepanjang bulan ini. Kali ini Resensi RTM bersama Tuan Syed Munawar bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Terima kasih kepada saudara Ikram yang sudi membawa saya ke pejabat editorial PTS. Tidak dilupakan kepada tim PTS yang begitu ceria pada pagi sehingga ke tengah hari.

Bertemu semula Tuan Zul Desa atau dikenali dengan nama Chef Zul membuat saya gembira. Kali terakhir kami berjumpa ketika kursus penulisan bimbingan Puan Ainon, Pengerusi PTS tiga tahun lalu iaitu pada tahun 2005. Selepas itu kami tidak bertemu sehinggalah novel jibunsyi beliau bertajuk Chef muncul di kedai-kedai buku. Sesiapa yang hendak menyelami kehidupan seorang chef, bacalah novel kehidupan Chef tulisan beliau.

Sementara menantikan tim Resensi RTM tiba, tim webtv PTS di bawah kendalian Tuan Iwan dan Tuan Hisham Salmin mengambil peluang membuat rakaman. Lima penulis mewakili lima anak syarikat PTS mengambil peluang ini. Ini adalah kali kedua saya mengambil peluang membuat rakaman bagi rancangan yang sama. Kali terakhir adalah pada tahun 2006.

Terima kasih kepada Puan Liza selaku penerbit, Tuan Syed Munawar, Abang Din dan jurukamera yang bersusah payah datang dan menjadikan hari ini pengalaman yang menarik bagi para penulis di bawah satu jenama, PTS.

Ikuti ruangan Resensi RTM di TV1 bermula minggu hadapan pada jam 8.25 pagi sehingga Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Advertisements

2 thoughts on “Temubual bersama Zamri Mohamad di Resensi TV1, Selamat Pagi Malaysia.

  1. Umi Kalthum Ngah berkata:

    Assalamualaikum warahmatullah,

    Saudara Zamri,

    Tahniah daripada saya!

    Moga selepas ini, banyak lagi buku-buku yang bakal terbit hasil tangan saudara…Amin.

    Wasalam,

    Umi Kalthum Ngah

  2. Shamsuddin Kadir berkata:

    Assalamualaikum Tuan Zamri,

    Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tahniah daripada saya untuk Tuan. Semoga Tahun 2008, lebih banyak kejutan akan berlaku. Insyaa-Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,159 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: