Penerbit PTS Millennia mengadakan pertemuan tahunan bersama penulis

Tinggalkan komen

Februari 23, 2008 oleh zamrimohamad



Alhamdulillah, pertemuan penulis dan PTS Millennia akhirnya berjaya dijayakan. Dasar demokrasi penerbit menjadikan para penulis mengajukan soalan-soalan bertahap mudah, sederhana dan sukar kepada PTS Millenia bagi mendapatkan jawapan daripada isu-isu berbangkit.

Penjelasan daripada PTS Millennia memudahkan kami penulis memahami beberapa perkara. Ini memberi satu lagi keyakinan kepada PTS dalam misinya memandaikan bangsa melalui buku-buku bahasa Melayu yang berkualiti dari kulit ke kulit.

Satu tip bagi penulis bebas saya perolehi dalam pertemuan ini.

Pengurus PTS Millennia memberikan tip-tip membuat kajian bagi buku yang berkualiti.

Pertama, hasilkan borang kaji selidik sama ada bercetak atau secara online. Borang kaji selidik bertujuan mendapatkan respon daripada individu-individu terlibat bagi mendapatkan pandangan berkenaan topik yang ditulis.

Kedua, kunjungi agensi kerajaan dan swasta terlibat bagi mendapatkan maklumat yang disediakan sebagai laporan terbuka.

Ketiga, kunjungi kedai buku bagi mendapatkan konsep buku yang menarik dan sesuai bagi dipersembahkan kepada pembaca.

Catatan Arkib:

Penulis sedia ada dan mereka bercadang hendak menjadi penulis digalakan hadir.

Dipetik daripada http://www.akademipenulis.com/

Saya meneliti beberapa pandangan yang diberikan oleh rakan penulis melalui SMS, email dan ruangan diskusi di laman ini. Pandangan-pandangan bernas daripada semua amat saya alu-alukan dan dahului dengan jutaan terima kasih.

Sehubungan dengan itu pihak kami ingin menganjurkan sesi ramah mesra bersama PTS Millennia Sdn Bhd. Sesi ini diwujudkan bagi membuka ruang bagi pihak pengarang bertukar-tukar pandangan dengan pihak kami. Di samping itu juga pada sesi ini pihak kami akan membentangkan perancangan PTS Millennia bagi tahun 2008 hingga 2010. Konsep, model, tajuk dan banyak lagi akan dikongsikan dengan semua.

Sesi ini dibahagikan kepada empat sesi yang akan diadakan dalam dua hari 23 dan 24 hb. Februari 2008. Para pengarang PTS Millennia Sdn Bhd (baru dan lama) dan bakal pengarang adalah dijemput hadir. Perinciannya boleh dirujuk di ruangan aktiviti akan datang di sebelah kanan laman. Saya amat berminat untuk bertemu dengan semua bagi membuang segala kekusutan mengenai program dan dasar penerbitan di PTS Millennia khususnya dan Kumpulan PTS amnya. Kita bertemu di sana.

23 Febuari: Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis Buku Islam Kontemporari (9:00 am)
23 Febuari: Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis Buku Motivasi & Pembangunan Diri(2:00 pm)
24 Febuari:Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis Buku Wanita, Gaya Hidup dan Perhubungan (9:00 am)
24 Febuari: Sesi Ramah Mesra PTS Millennia Sdn Bhd dengan Penulis-penulis buku Remaja & I-Novela (2:00 pm)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 357,017 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: