Keluar dari laut merah terjun ke laut biru

3

Februari 24, 2008 oleh zamrimohamad



“Sudah tiba masanya bagi generasi baru dalam umat Islam mengeluarkan diri mereka dari laut merah dan terjun ke laut biru,” jelas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dato’ Dr Syed Arabi Idid.

Urus matlamat, urus pendekatan.

“Objektif menjadikan pelakunya sedar apakah medium yang sesuai digunakan dan menjadikan sebuah konsep abstrak lebih jelas,” tambah Syed Arabi yang kini menjangkau tahun kedua memimpin universiti ini.

Laut biru menjadi laut merah.

Pemimpin menawarkan kepada orang ramai apakah dicari-cari selama ini tetapi tidak difikirkan oleh pemikir tradisional yang terperangkap dengan idea-idea lama. Terperangkap dan terus bersaing dengan apa yang sedia ada menjadikan pemimpin berenang dalam laut merah.

Laut merah dianggap lautan yang tepu dan dipenuhi oleh mereka yang saling bersaing mengalahkan orang lain, bermotifkan menguasai sempadan kawasan dan masih berpaksi kepada pendekatan lama. Apabila ia semakin padat, situasi ini menjadikan pesaing-pesaing laut merah tidak dapat berkembang. Pesaing baru gagal bertahan kesan daripada dominasi kawasan.

Fleksibel pemimpin membawa pendekatan baru.

“Tindakan yang diinovasikan menjadikan pemimpin laut biru lebih fleksibel dalam tindakan. Strategi Laut Biru memfokuskan kepada kerjasama bukannya persaingan. Faedah dan nilai menjadi formula yang diaplikasikan. ” tambah Syed Arabi.

Strategi Laut Biru tidak tertakluk kepada masa. Ia bergantung kepada faktor saiz sebuah organisasi bagi bergerak ke posisi baru. Semakin lama organisasi ada kumpulan wujud dan beroperasi maka ia semakin memerlukan masa bagi adaptasi kepada pendekatan dan idea baru.

Advertisements

3 thoughts on “Keluar dari laut merah terjun ke laut biru

  1. ainon mohd berkata:

    Tuan Zamri,

    Mengapakah agaknya banyak kerusi yang kosong?

    Topiknya penting. Yang berdiri do pentas adalah orang penting.

  2. ainon mohd berkata:

    Petik….

    ”Hari ini generasi muda berhadapan dilema dalam merebut peluang. Mereka bukan sahaja ditanya apakah kemahiran yang mereka miliki, tetapi peluang mereka juga bergantung kepada siapakah yang mereka kenali,” ulas Radziq.

    Itulah kenyataan bodoh yang asyik diulang-ulang orang pandai.

    Apa kamsud “merebut peluang”?

    Orang lain mencipta peluang, budak-budak Melayu disuruh berebut-rebut mengambil peluang itu?

    Kita mesti mencipta peluang-peluang buat diri kita sendiri. Nah! Itu namanya kita pandai “pakai otak”.

    Apa maksud “peluang mereka juga bergantung kepada siapakah yang mereka kenali”?

    Betapa hinanya bangsa yang mempunyai jalan-fikir begitu – peluangnya ada pada orang-orang lain, dan dia bergantung kepada orang-orang itu….

    Lain kali, undang saya bercakap!

  3. Blog Rasmi Motivasi Minda berkata:

    Promosi mungkin lewat sedikit, mungkin perlu ada jabatan PR seperti PTS, 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,345 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: