Mentaliti Kelas Pertama

1

Februari 24, 2008 oleh zamrimohamad






Corak ekonomi baru menjadi buah bicara Profesor Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali dari Institut Pembangunan Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

“Pengurusan sumber manusia adalah asas kepada ekonomi baru. Ia menekankan kepada ekonomi berasaskan minda berbanding fizikal,” jelas Noor Azlan.

Perbezaan yang ketara antara ekonomi dahulu dan kini perlu diperhatikan sebagai corak perubahan yang memerlukan persediaan generasi hari ini. Corak ekonomi yang didefiniskan oleh penjajah ke negara ini lebih fokus kepada ekonomi fizikal. Hasil bumi merupakan konsep ekonomi ketika itu.

Bagi Prof Madya Azmi Shaharom dari Universiti Malaya, beliau menekankan kepada kepentingan integriti sistem perundangan hari ini menjadikan generasi muda menjunjungi falsafah negara tanpa berbelah bagi.

Jelas Azmi, keyakinan generasi hari ini boleh dipupuk secara menyeluruh apabila sistem perundangan ditunjangi oleh kejujuran holistik individu. Formula ini adalah penghalang kepada dasar autokratik dan diktator daripada menyerap dalam sistem yang diwujudkan.

”Apabila generasi muda tidak yakin kepada sistem, maka kecenderungan bertindak secara sendiri menjadi alternatif. Krisis integriti perlu ditangani secara bijaksana dan institusi perlu kepada sistem yang mengelakkan campur tangan berkepentingan,” tambah Azmi.

Bagi bekas pelajar UIAM, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Radziq Jalaludin, beliau mengingatkan generasi muda khususnya warga kampus mengenai perbezaan realiti universiti dan dunia sebenar.

”Hari ini generasi muda berhadapan dilema dalam merebut peluang. Mereka bukan sahaja ditanya apakah kemahiran yang mereka miliki, tetapi peluang mereka juga bergantung kepada siapakah yang mereka kenali,” ulas Radziq.

”Urus cara berfikir dan jelas terhadap apa kita mahu,” kata Zaini Affandy dari Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan.

One thought on “Mentaliti Kelas Pertama

  1. ainon mohd berkata:

    Petik….

    ”Hari ini generasi muda berhadapan dilema dalam merebut peluang. Mereka bukan sahaja ditanya apakah kemahiran yang mereka miliki, tetapi peluang mereka juga bergantung kepada siapakah yang mereka kenali,” ulas Radziq.

    Itulah kenyataan bodoh yang asyik diulang-ulang oleh orang pandai.

    Apa maksud “merebut peluang”?

    Orang lain mencipta peluang, budak-budak Melayu disuruh berebut-rebut mengambil peluang itu? Macam orang campak kacang putih ke tanah, suruh budak-budak kita berebut-rebut!

    Jangan tunggu orang lain mencipta peluang bagi kita rebut-rebut.

    Kita mesti mencipta peluang-peluang baru buat diri kita sendiri. Nah! Itu namanya kita pandai “pakai otak”.

    Apa maksud “peluang mereka juga bergantung kepada siapakah yang mereka kenali”?

    Betapa hinanya bangsa yang mempunyai jalan-fikir begitu – peluangnya ada pada orang-orang lain, dan dia bergantung kepada orang-orang itu….

    Lain kali, undang saya bercakap!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,941 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: