Buku di sebelah kiri, kanan dan tengah.

Tinggalkan komen

Februari 28, 2008 oleh zamrimohamad


Bendera Indonesia
Sudah diulang cetak bagi tahun 2008. Tiada stok di Book Cafe
Magnet Cinta bergerak laju di Popular Bookstores
Akan diulang cetak pada Mac 2008
Sudah diulang cetak bagi tahun 2008

Seorang pengurus berkongsi cerita bagaimana penerbit-penerbit buku di Indonesia memilih buku-buku Malaysia bagi diterbitkan di Indonesia.

Maka penerbit ini dan tim penerbitan memilih sejumlah buku bagi dibawa dan dipromosikan ke sana bagi tujuan pelesenan karya tempatan ke Indonesia. Pada masa sama, penerbit tempatan akan memilih sejumlah buku Indonesia yang berpotensi untuk dipasarkan ke Malaysia.

Penerbit Malaysia melihat corak yang sama cara penerbit-penerbit buku Indonesia memilih buku.

Buku-buku dikeluarkan dari kotak satu persatu. Wakil penerbit Indonesia akan mengasingkan buku-buku Malaysia kepada tiga bahagian.

Beliau memilih, satu diletakkan di sebelah kiri. Kemudian sebuah buku lagi diletakkan di sebelah kanan dan kemudian satu lagi diletakkan sebelah kiri. Ia berlaku berulang-ulang kali. Ada buku diletakkan di kiri, ada di tengah dan ada pula di kanan. Akhirnya semua buku yang dibawa oleh penerbit Malaysia selesai dinilai dengan proses begitu.

Maka ditanya oleh pengurus penerbit buku Malaysia, “Mohon bertanya, mengapa buku-buku kami diletakkan ke dalam tiga kumpulan berbeza?”

Jawab wakil penerbit Indonesia, “Oh, mudah sahaja.”

Beliau memberi tip.

Buku-buku di sebelah kanan, adalah buku yang akan diambil dan seratus peratus pasti akan diterbitkan semula dalam versi Indonesia.

Buku-buku di tengah adalah buku-buku yang tidak akan diambil oleh mereka. Ertikata lain, buku-buku ini tidak secocok dengan iklim pembaca Indonesia. Mungkin juga buku-buku itu biasa-biasa sahaja dan tidak jauh beza dengan buku-buku tempatan.

Buku-buku di sebelah kiri adalah buku-buku yang akan dinilai semula. Selepas dibedah siasat setiap buku, barulah nasib setiap buku dalam kumpulan ini diketahui. Sama ada tempatnya di sebelah kanan atau di hadapan penerbit Indonesia.

Tip penulis bebas: Apabila berkarya, hasilkan karya yang universal dan unik bagi pasaran tempatan dan Asia Tenggara.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,518 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: