MASKARA 7 kekalkan momentum

Tinggalkan komen

Mac 2, 2008 oleh zamrimohamad






Program MASKARA 7 di rumah Pena masih mengekalkan momentumnya. Kali ini hadirin yang datang kekal ramai sebagaimana MASKARA 6 bulan lalu. Ekspresi karya secara bebas masih kekal menjadi tradisi peserta-peserta kali ini.

Sayang sekali, saya tidak dapat hadir pada sesi pertama. Hanya berkesempatan melihat acara lelong buku oleh Dean Sham dan Mat Jan. Lelongan sebuah buku pada harga bidaan setinggi RM27 dimenangi oleh encik Zahrin yang datang bersama-sama isterinya, Kak Nor. Kata encik Zahrin, “Aku nak simpan buku ini. Tidak mahu buang pembalutnya.”

Hisham Salmin dengan jiwa 80-an membuka sesi kedua dengan lagu Suhaimi Mior Hashim dan Kumpulan Kembara. Aduh, generasi muda 80-an seperti saya teringat kembali radio besar yang sering memutarkan lagu-lagu ini.

Sesi kedua seperti kata Dean Sham banyak mengetengahkan persembahan pemudi-pemudi harapan pemuda.

Cuma, seperti disebutkan oleh sahabat saya pada malam itu, “Kenapa persembahan karya mereka seperti karya marah-marah?”

Hmm, tiada komen. Seperti saya bilang, di sini ekspresi karya bergantung kepada karakter penyampainya.

Baik sekali jika penyampainya mampu bertahan sehingga akhir program bagi menyokong persembahan rakan-rakan MASKARA lain. Saya kira kekuatan MASKARA bukan sahaja pada pesertanya, tetapi hadirin yang bisa bertahan sehingga akhir.

Keseluruhan penilaian MASKARA 7, sepuluh per sepuluh.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,566 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: