Tip Menjadi Penulis Bestseller bakal diterbitkan

Tinggalkan komen

Mac 12, 2008 oleh zamrimohamad


Sumber rujukan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller yang bakal diterbitkan

Sepuluh hari di Melaka memuaskan hati saya. Menyiapkan buku terbaru Tip Menjadi Penulis Bestseller sudah diselesaikan. Minggu hadapan ke PTS bagi menyerahkan manuskrip terbaru. Dijangka buku ini akan diterbitkan sekitar bulan lima dan bulan enam. Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah sekuel kepada buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.

Serba sedikit latar belakang buku Tip Menjadi Penulis Bestseller

Pegangan wajib bagi penulis bestseller

“Menulis adalah kemahiran yang paling mudah. Ia tidak sesukar bidang kejuruteraan. Menulis adalah aktiviti harian yang memerlukan latihan dan pengetahuan. Tidak ada perkara mistik dan misteri mengenainya. Kita menulis non fiksyen bercerita mengenai apa yang diperlukan dalam hidup.”

Ayn Rand
Penulis The Art of Nonfiction

Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah sekuel kepada buku Cari Duit Cara Mudah Penulis Bebas yang diterbitkan pada tahun 2006 dan masih diulang cetak sehingga ke hari ini. Buku terdahulu mendedahkan tip-tip menulis di majalah. Manakala buku Tip Menjadi Penulis Bestseller memfokuskan kepada tip-tip menulis buku non fiksyen.

Tip Menjadi Penulis Bestseller mempercepatkan cita-cita saudara

Proses penghasilan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller mementingkan kemudahan saudara sebagai pembaca agar cita-cita saudara menjadi penulis dapat diusahakan seberapa segera yang mungkin.

Tip Menjadi Penulis Bestseller menjawab soalan dalam fikiran saudara

Tip Menjadi Penulis Bestseller menjawab soalan-soalan popular yang diajukan oleh individu-individu yang mencari-cari cara mudah bagaimana menulis buku dan menjadi penulis bestseller. Soalan-soalan itu dikumpul dan dijawab melalui buku Tip Menjadi Penulis Bestseller.

Buku ini juga mendedahkan bagaimana pengalaman kerjaya dan hidup saudara dapat dijadikan buku non fiksyen yang ditunggu-tunggu pembaca.

Menjadi penulis bestseller adalah impian semua. Buku Tip Menjadi Penulis Bestseller ditulis selepas mengambil kira pandangan para penulis bestseller tempatan, penulis bestseller antarabangsa dan penerbit. Semua pandangan dan pengalaman mereka ditulis dan disusun semula khusus untuk saudara.

Tip Menjadi Penulis Bestseller untuk penulis sepenuh masa dan sambilan

Buku ini ditulis untuk sesiapa sahaja yang bercita-cita menjadi penulis bestseller sepenuh masa atau secara sambilan tanpa meninggalkan kerjaya sedia ada. Menulis adalah kerjaya alternative. Ia memerlukan sedikit masa setiap hari secara konsisten sehingga buku impian saudara direalisasikan.

Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah buku panduan asas penulis baru

Buku ini adalah buku panduan asas kepada penulis-penulis baru. Kerana itu ia ditulis dalam bahasa Melayu yang mudah difahami. Susunan tip-tip dalam buku ini tidak mengikut kronologi sepenuhnya. Ia disediakan dalam tip-tip berasingan. Ini memudahkan pembaca memilih dan membaca mana-mana tip mengikut keselesaan sendiri.

Buku ini mengambil kira keselesaan saudara sebagai pembaca. Santai dan bermaklumat menjadi teras kepada penghasilan buku Tip Menjadi Penulis Bestseller.

Tip Menjadi Penulis Bestseller dedah teknik menulis terkini

Buku ini mengetengahkan tip bagaimana seorang penulis dapat menulis tiga hingga empat buku serentak menggunakan teknik dari Jepun yang dikenali sebagai KJ Method. Ada penulis tempatan yang dapat menulis sebuah buku dalam tempoh sepuluh hari, sebulan dan dua sehingga tiga bulan. Teknik menulis mereka dikaji dan didedahkan dalam buku Tip Menjadi Penulis Bestseller.

Kebebasan kewangan sebagai penulis buku bermula di sini

Saudara juga akan mendapat pendedahan bagaimana buku dapat menjadi sumber pendapatan tanpa had. Mencipta sumber kewangan melalui penulisan buku tidak mustahil apabila penulis mempelajari teknik merancang kejayaan buku. Tip Menjadi Penulis Bestseller mendedahkan kaedah ini.

Tip Menjadi Penulis Bestseller adalah pecetus ilham

Menurut S.A Klitgaard dalam buku Pegangan Pengarang, Petua dan Proses, penulis memerlukan ilham bagi berkarya. Ilham bermaksud bersiap sedia untuk menulis.

Ilham juga memerlukan pencetus. Ia disebut sebagai muse. Bagi membantu saudara mendapatkan ilham, Tip Menjadi Penulis Bestseller bertindak sebagai muse pertama bagi mempersiapkan saudara.

Sepanjang proses menulis buku bestseller pertama saudara, lebih banyak ilham akan muncul bagi membantu. Semakin banyak muse akan mencetuskan lebih banyak ilham. Kebanyakkan muse datangnya daripada bendak-benda yang dianggap biasa. Seperti Klitgaard, beliau mendapat ilham penulisan yang hebat apabila membantu isteri mengeringkan pinggan mangkuk di dapur.

Terima kasih kepada saudara yang menjadikan buku ini sahabat akrab dan teman di mana sahaja saudara berada. Segala maklum balas, soalan, cerita, kritikan, idea, cadangan dan testimonial saudara selepas membaca buku ini sentiasa ditunggu-tunggu. Penglibatan saudara secara langsung menyempurnakan tujuan buku ini.

Semoga pertemuan kita sebagai penulis bestseller menjadi kenyataan.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,187 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: