Industri penerbitan buku mesti bebas rasuah

Tinggalkan komen

Mac 18, 2008 oleh zamrimohamad


SEKALI lagi Hishammuddin Tun Hussein menggalas tanggungjawab mengangkat kualiti pendidikan negara apabila dilantik semula ke portfolio yang sama di bawah Kementerian Pelajaran.

Di sebalik pelantikan beliau ke dalam barisan Kabinet kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, mereka yang terlibat dalam dunia pendidikan khususnya yang terlibat dalam industri buku mengharapkan sesuatu daripada pembaharuan jawatan Hishammuddin.

Satu isu utama yang menjadi tanggungjawab besar Hishammuddin menanti di hadapan ialah melibatkan dakwaan adanya isu rasuah dalam pemberian kontrak.

Isu ini menjadi tumpuan komuniti buku kerana rasuah membawa kepada dua faktor iaitu pemilihan kontraktor buku yang tidak diketahui latar belakangnya dan kenaikan kos per unit.

Keadaan ini mendesak Hishammuddin bagi meninjau kembali amalan pemberian kontrak kepada penerbit-penerbit tertentu dan pegawai yang terbabit. Mereka yang terlibat secara langsung dalam industri buku bagi tujuan pendidikan melahirkan kebimbangan.

Penggiat industri buku mengharapkan satu pemantauan menyeluruh dilakukan oleh Hishammuddin melibatkan projek-projek buku di bawah kendalian Bahagian Teknologi Pendidikan, Bahagian Buku Teks dan Pusat Perkembangan Kokurikulum.

Dakwaan ini timbul berikutan kewujudan penerbit-penerbit buku yang muncul secara tiba-tiba dan memperoleh kontrak daripada Kementerian Pelajaran. Perkara ini pernah diajukan kepada Hishammuddin ketika menjawat portfolio yang sama. Satu susulan dinantikan daripada Hishammuddin bagi berhadapan dengan dakwaan ini.

Trend pemilihan kontraktor-kontraktor buku ini memberi kesan secara langsung kepada agihan bajet kementerian yang tidak dapat disampaikan kepada pemain industri buku yang lebih dikenali dalam komuniti buku.

Hishammuddin menggalas tanggungjawab berat membersihkan Kementerian Pelajaran daripada golongan oportunis yang menjadikan amalan rasuah kepada pegawai dan dominasi telunjuk politik yang menjadi ancaman kepada pengurusan sistem yang telus.

Kementerian Pelajaran juga terdedah kepada penipuan harga oleh kontraktor-kontraktor buku dan ini melibatkan nama baik penerbit sendiri apabila sebut harga diberi berkali ganda oleh kontraktor buku kepada kementerian berbanding harga sebenar yang ditentukan oleh penerbit.

Semestinya Kementerian Pelajaran di bawah Hishammuddin tidak mahu mencatat satu lagi tanda tanya besar seperti kes yang berlaku apabila harga alat-alat teknikal yang dibekalkan oleh kerajaan kepada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang didedahkan oleh Audit Negara pada September 2007 yang mengakibatkan pembaziran sebanyak RM8.39 juta.

Mungkin Kementerian Pelajaran perlu mengubah suai corak kerja bagi meningkatkan ketelusan dalam sistem pengagihan bajet dan penilaian kontraktor buku berdasarkan prestasi dan latar belakang yang berwibawa. Cabaran baru bermula dalam pusingan kedua Hishammuddin bagi menangkis dakwaan rasuah sepanjang empat tahun akan datang sebagai Menteri Pelajaran.

ZAMRI MOHAMAD,
Utusan Malaysia
21 Mac 2008

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,847 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: