Nilai mesej sebelum sampaikan kepada rakyat

1

Mac 18, 2008 oleh zamrimohamad


Desakan penyokong parti memerintah agar disekat pembangunan negeri- negeri yang memilih angin baru dianggap sebagai tidak rasional, tidak mencermin daya intelektual yang matang dan kewajaran individu. Ramai berpegang kepada pertimbangan emosi bukan tetap pada sikap yang betul.

Ia dilihat sebagai desakan berasaskan emosi yang menidakkan hormat rakyat mematuhi sistem demokrasi melalui pemilihan mengikut proses yang dibenarkan perlembagaan.

Kematangan penyokong atau pendukung parti politik menjadi tunjang kestabilan parti. Mendukacitakan apabila pendukung parti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang akan menjarakkan lagi sokongan massa kepada parti. Ini merumitkan lagi ketika mana parti sedang menyusun gerak kerja bagi membaiki kecederaan dialami.

Kejutan bakal berpanjangan apabila pendukung parti tidak memikirkan kesan komunikasi yang mengandungi konotasi negatif kepada penerima. Pendukung parti memprovokasi dan menyediakan ruang kepada parti yang memimpin kepada penolakan demi penolakan daripada bakal pengundi lima tahun dari sekarang.

Pendukung parti menjadikan rakyat sebagai sasaran hukuman apabila mereka memilih kepada perubahan. Hukuman menjadikan rakyat bersalah kerana memilih dan hukuman ini membentuk jurang yang nyata bagi parti mendapatkan sokongan kembali.

Pembersihan dalaman hendaklah digerakkan habis-habisan oleh pendukung parti sebelum menuding jari menyalahkan pilihan rakyat. Keputusan pilihan raya adalah keputusan yang perlu dihormati.

Melatah terhadap perubahan menandakan tanda intelektual yang memerlukan adaptasi secara berperingkat. Keputusan yang diambil massa sebagaimana pilihan di Pulau Pinang perlu dipantau dan diperhatikan sepanjang tempoh pentadbiran kerajaan di bawah Democratic Action Party (DAP).

Kesimpulan awal dan desakan mereka yang merasakan kedudukan Melayu terancam hendaklah diperhalusi semula berdasarkan prestasi Melayu dalam tempoh sebelum ini.

Mungkinkah formula baru dapat menjayakan agenda meningkatkan ekonomi penduduk Pulau Pinang secara keseluruhan.

Hasil kepada percubaan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewujudkan kerjasama berangkai akan menjawab kepada andaian-andaian ini. Mungkinkah Dasar Ekonomi Baru (DEB) bakal diganti dengan Dasar Ekonomi Bersama yang bakal menguntungkan semua pihak. Empat tahun pemerintahan bakal menjawab soalan ini.

DEB yang diperkenalkan pada tahun 1970 dalam Rancangan Malaysia Kedua sudah lama dimansuhkan. Semangat DEB dan pengubahsuaian konsep sudah lama berlaku sejak tahun 1991. Ia berlaku apabila Dasar Pembangunan Nasional (DPN) diperkenalkan.

DPN membuka fokus yang lebih luas dan melalui jalan yang berbeza. Ia dianggap sebagai mengambil semangat DEB dengan sasaran lebih jelas, pembasmian kemiskinan semua kaum.

ZAMRI MOHAMAD
Penulis bebas

Utusan, Sabtu 15 Mac 2008

Advertisements

One thought on “Nilai mesej sebelum sampaikan kepada rakyat

  1. Fitri Shukri berkata:

    Zamri,

    Saya suka melihat anda menulis berkenaan politik dan pentadbiran negara. Anda menunjukkan contah yang baik sebagai seorang penulis/penceramah motivasi.

    You have my highest respect for your concern on what is currently happening to our nation. Sometime I’m disappointed with the ‘elegent silence’ of many motivators about the state of the nation affairs.

    Again, my hats off to you. Keep up the good writings.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,009 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: