Barisan Kasih Sayang bawa agenda perubahan pilihanraya kali ini

Tinggalkan komen

Mac 19, 2008 oleh zamrimohamad


Print bagi memudahkan pencarian calon buku ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Inilah tsunami pesta buku.

Dilaporkan penerbit-penerbit seluruh Malaysia menghantar calon-calon buku yang berkredibel sempena kempen bermula 4 April ini.

Kempen pilihan buku selama 10 hari bakal menyaksikan pertembungan calon-calon buku lama dan baru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sejuta pemilih akan turun beramai-ramai bagi memilih kepimpinan ilmu yang baru.

Kempen pilihan buku kali ini tidak lari daripada tradisi jentera penerbit menghantar peraih undi di hadapan pintu PWTC bagi meraih sokongan kepada calon-calon.

Kulit-kulit buku dengan jelas memaparkan manifesto penulis-penulisnya.

Menurut penganalisis pilihan buku tahun ini, manifesto yang menekankan perkataan kaya, senang,bahagia, sukses, hebat dituntut memenuhi janji-janji itu selepas terpilih.

Manakala manisfesto dengan perkataan memahami, cinta, lelaki, magnet, lembut, mamak akan mendapat perhatian ramai dan berpeluang mendapat sokongan sempena kempen tahun ini.

Tidak berlaku sebarang kewujudan pemilih hantu kali ini. Meskipun berhadapan dengan ketegangan antara penerbit dan pencetak, ia tidak dianggap sebagai unsur-unsur sabotaj dalaman.

Kawalan keselamatan dipertingkatkan. Orang ramai dinasihati memilih buku yang bakal mencorak masa depan mereka dengan bijaksana.

Antara parti yang akan bertanding ialah Parti 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki yang gagal bertanding pada tahun lalu muncul dalam pilihan buku kali ini.

Disebabkan pergolakan dalaman kerana isu tidak dicetak semula tahun lalu, ahli calon parti lain seperti Parti Memahami Bahasa Cinta Lelaki dan Parti Magnet Cinta mengisi kekosongan.

Kesemuanya di bawah payung Barisan Kasih Sayang yang mendapat mandat sejak muncul pada tahun 2006.

Difahamkan parti berorientasi kapitalis, Parti Rahsia Bisnes Mamak sedang berhempas pulas mendapatkan tempat dan cuba membuat pakatan alternatif dengan Barisan Kasih Sayang.

Parti Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas bakal menarik lebih banyak sokongan selepas kejayaan membawa perubahan dalam tempoh dua tahun sebelum ini

Parti Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart digugurkan pada saat-saat akhir bagi memberi ruang kepada calon-calon buku Islam Kontemporari sempena pilihan buku ini.

Selamat memilih calon buku anda.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,847 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: