Pak Samad bercerita mengenai urus wang penulis bebas

Tinggalkan komen

April 8, 2008 oleh zamrimohamad


Seperti saya janjikan, saya ingin berkongsi bersama para pengunjung mengenai petua menjadi penulis bebas daripada Pak Samad Said. Dua tahun lalu, beliau berkongsi petua kepada penulis bebas bagaimana memilih buku yang bagus dan bersegera apabila berkarya sebelum diambil orang.

Tip ini saya kongsikan dalam buku akan datang, Tip Menjadi Penulis Bestseller yang kini dalam proses editorial PTS Profesional.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 mempertemukan saya dengan Pak Samad. Saya bersalam dengan kata-kata saya kepada beliau, “Pak Samad sudah jadi pejuang revolusi (merujuk kepada artikel beliau di The Sun).”

Dalam petuanya menjadikan buku sebagai pelaburan, beliau berkongsi rahsianya dalam perbualan selama sejam.

“Apabila membeli buku, ketahuilah bahawa buku akan bertambah nilainya pada masa akan datang. Ada buku yang dibeli dan dapat dijual semula pada harga tinggi pada masa akan datang. Ia boleh dijual pada perpustakaan dan individu,” kata Pak Samad

Tambahnya lagi, “Belilah buku-buku kulit keras atau hardcover, boleh jadi 20 tahun akan datang nilainya lebih tinggi berbanding sekarang.”

Pak Samad berkata ada buku yang dibelinya dapat dijual pada harga RM400 sebuah sedangan ia hanya puluhan ringgit ketika dibeli mula-mula dahulu.

Bercerita mengenai pengurusan bajet penulis. Pak Samad menyarankan penulis muda menyediakan diri sekurang-kurangnya bajet enam bulan ke hadapan bagi menampung perbelanjaan diri. Ini bermakna, penulis sudah mempunyai bajet enam bulan ke hadapan awal-awal lagi.

“Berikan masa selama tiga tahun kepada diri saudara dari segi ekonomi bagi menjadi penulis bebas sepenuh masa,” nasihat Pak Samad lagi.

Pak Samad berkata tidak mustahil menjadi penulis bebas sepenuh masa asalkan penulis tahu membuat pilihan dalam hidup. Maksudnya, pilihan mengurus bajet peribadi yang lebih mengutamakan keperluan berbanding kehendak adalah pilihan yang perlu diurus secara bijaksana oleh penulis.

“Seperti kopi Starbuck dan kopi di kedai biasa. Bijak-bijaklah memilih mana satu keperluan dan kehendak. Sekali sekala memilih Starbuck tidak salah,” katanya sambil ketawa.

Kita berjumpa ya pada 12 April 2008 jam 2 petang di gerai buku PTS terletak di seberang sungai PWTC. Bagi mereka yang inginkan autograf untuk buku tulisan saya yang sudah dibeli sebelum ini, insya Allah saya akan berada di sana selama sejam.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,449 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: