Pak Samad lancarkan petisyen tuntut karya-karya daripada DBP

Tinggalkan komen

April 9, 2008 oleh zamrimohamad


Buku petisyen di gerai buku Wira Bukit
Coretan Pak Samad menuntut hak
Saya menandatangani buku petisyen
Bersama Ted Mahsun, seorang blogger dan penulis.

Cerita Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 kali ini menarik. Kumpulan Wira Bukit, syarikat penerbitan yang menerbitkan buku-buku Sasterawan Negara, A Samad Said telah melancarkan petisyen bagi menuntut Dewan Bahasa dan Pustaka memulangkan hakcipta karya Salina dan buku-buku lain di bawah penerbitan itu kembali kepada penulis asalnya. Petisyen ditandatangani oleh para pengunjung di pesta buku ini melibatkan penulis-penulis tempatan, pembaca karya dan mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini.

Ditulis pada buku petisyen itu oleh Pak Samad sendiri,

“Saya, A Samad Said sedang menuntut hakcipta buku-buku saya daripada DBP. Jika ingin menyokong, turunkan nama dan tandatangan.”

Bagi mereka yang menyayangi karya-karya Pak Samad dan mahukan ia terus berada dalam masyarakat iaitu terus diterbitkan, datanglah ke gerai buku Wira Bukit yang terletak di seberang sungai, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula pada hari ini sehinggalah akhir pesta buku nanti.

Petisyen ini dilancarkan pada hari ini 9 April 2008. Dijangka petisyen secara online akan dilancarkan dalam sedikit masa lagi. Petisyen ini dilancarkan sempena hari jadi Pak Samad.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,561 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: