Nasi Lemak dan Kopi O di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

Tinggalkan komen

April 10, 2008 oleh zamrimohamad


Siaran TV9 sedang mempromosikan rancangan terbaru Nasi Lemak dan Kopi O yang keudara pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula jam lapan pagi. Sedang mereka sedang mempromosikan program itu, kuiz dan soalan diberikan. Saya juga ditarik juga. Terima kasih kepada Roslan PTS. Oh beliau juga ditemuramah sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Dalam keadaan saya sedikit gemuruh, maka saya disoal apakah rancangan yang sering ditonton di TV9. Saya kira satu dua sahaja. Berita TV9 dan Cari Menantu mungkin. Kemudian disuruh pula menjadi wartawan dan melaporkan mengenai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008.

Dalam kepala saya bercampur-campur. Tetapi selesai sahaja, diberinya cenderamata dalam kotak yang comel.

Hmm, akhir sekali disuruhnya memandang kamera dan berkata, “Tontonilah Nasi Lemak dan Kopi O hanya di TV9 dekat di hati.”

Terima kasih atas cenderamata itu.

Oh, sepatutnya saya promosikan buku Rahsia Bisnes Mamak juga. Dalam gemuruh cepat terlupa. Kita berjumpa 12 April jam 2 di gerai buku PTS (seberang sungai), PWTC!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,995 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: