Khabar buruk kepada para penulis.

1

April 12, 2008 oleh zamrimohamad



Dalam seminar Hakcipta anjuran DBP, didedahkan bahawa kini terdapat sebuah organisasi yang bergerak secara berkumpulan dan profesional yang melihat-lihat mana-mana pelanggaran hakcipta oleh penulis.

Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mahir dalam undang-undang hakcipta dalam dan luar negara akan mensasarkan para penerbit yang semestinya berduit dan besar sebagai habuan mereka.

Apabila penulis melanggar hakcipta melibatkan apa sahaja yang terkandung dalam undang-undang, maka kumpulan ini akan mengumpul seberapa banyak bukti dan kesalahan kemudian mengemukakan saman kepada penerbit atas tindakan penulis itu.

Maka dinasihati kepada para penulis (termasuk diri sendiri) agar tidak menggunakan sebarang lagu nyanyian sama ada nasyid, pop atau sebagainya yang dikomersialkan dan dinyanyikan sebagai bahan promo dalam video.

Kumpulan ini bergerak dan mula mengeluarkan surat mahkamah dan saman menjelang pesta buku. Mereka mengambil masa bagi mengumpul sedikit demi sedikit bukti bagi meningkatkan nilai saman atas kesalahan yang dilakukan penulis.

Apakah tujuan mereka berbuat demikian?

Setiap saman yang dikenakan ke atas penerbit berduit ini memberi keuntungan kepada mereka. Kumpulan ini mendapat komisen bagi menggalakkan usaha saman dikenakan atas para penerbit yang dikenalpasti.

Elakkan menggunakan wajah orang sama ada selebriti atau orang dikenali tanpa izin dalam promo penulisan kerana ia adalah bahan-bahan yang dijadikan sumber bukti untuk meyaman penerbit. Ini termasuklah blog-blog penulis yang menulis entri harian dan pada masa sama mempromosi buku mereka. Kita kurangkan risiko saman penerbit.

Nasihat ini kembali kepada diri saya sendiri. Maka saya juga akan memastikan tidak ada bahan yang mempunyai hakcipta digunakan sewenang-wenangnya. Mari kita sama-sama menjaga kepentingan penerbit yang disayangi.

Kerana penulis, penerbit pula binasa

One thought on “Khabar buruk kepada para penulis.

  1. Anonymous berkata:

    Assalamu’alaikum Tuan,

    Siapakah di belakang kumpulan ini dan kenapa mereka bersungguh-sunnguh ‘mencari salah’ ini?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,995 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: