Komen-komen berkaitan buku Rahsia Bisnes Mamak pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

1

April 14, 2008 oleh zamrimohamad



Komen-komen berkaitan buku Rahsia Bisnes Mamak

Petikan komen Tuan Abd Razak Adam

http://universitipts.com/index.php/site/comments/jualan_pts_rm298_ribu/

Alhamdulillah, hujan lebat yang melanda di luar rupa-rupanya membawa rahmat kepada PTS. Saya datang sekeluarga dari Melaka pada petang Sabtu. Terlihat Puan sedang duduk di sebelah penulis ‘Rahsia Bisnes mamak’.

Pengunjung terlalu ramai sampai Puan terpaksa duduk dalam keadaan terhimpit di suatu sudut sewaktu penulis sedang berapi-api berucap. Tahniah kepada warga PTS terutama kepada Puan atas kejayaan ini, gerai buku PTS terlalu sesak dengan pengunjung.

Apa yang saya nampak ialah konsep ‘memandaikan bangsa’ serta keikhlasan dalam perjuangan akhirnya akan mencapai kejayaan. Teruskan dan teguhkan konsep ini. Tahun depan pasti akan berganda lagi, insyaAllah.

Petikan entri Pengerusi PTS Puan Ainon Mohd

http://universitipts.com/index.php/site/comments/corat_coret_pesta_buku_mamu_faisal_dan_mamak_zamri/

Regu “Geng Mamak” pasangan Faisal Sharbudin dan Zamri Mohamed adalah promoter buku sendiri yang paling melucukan pada hari terakhir pesta buku.

Mereka bercakap berbuih-buih sambil mengunjukkan buku RAHSIA BISNES MAMAK kepada pengunjung booth PTS yang berhasak-hasak lalu di tepi mereka. Tidak seorang pun yang mahu memegang buku yang mereka unjukkan.

Mereka bercakap, bercakap, bercakap, sambil mengangkat buku tinggi-tinggi. Mereka berganti-ganti memegang mikrofon. Bercakap, bercakap, bercakap!

Tidak satu pun laku!

Namun mereka terus bercakap, menerangkan isi kandungan yang mereka anggap paling dapat memikat pembeli. Sampai tegang-tegang urat leher.

Tidak satu pun laku.

Kemudian, mereka kepenatan, maklumlah suasana hingar-bingar dalam dewan pameran. Sementelahan pula gerai sebelah memainkan lagu nasyid dengan kuatnya. Lalu mereka duduk, berhenti bercakap dan meletakkan mike atas meja.

Selepas itu barulah buku mereka yang terletak di atas meja laku satu, satu, satu, sampai semua habis terjual.

Pengajaran daripada apa yang berlaku itu adalah menjual buku tidak serupa dengan menjual ubat!

Setiap naskhah buku ini yang dibawa ke PWTC pada pesta buku lalu, semuanya habis terjual.

Acara promosi buku ini dibuat sendiri oleh pasangan “Geng Mamak” Faisal-Zamri.

Advertisements

One thought on “Komen-komen berkaitan buku Rahsia Bisnes Mamak pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008

  1. Shamsuddin Kadir berkata:

    Tahniah Tuan di atas anugerah Allah kepada Tuan dengan limpahan rezeki yang datang berterusan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,134 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: