Apa dapat saya sebut melainkan ucapan terima kasih

Tinggalkan komen

April 22, 2008 oleh zamrimohamad


Cik Nuruf Hafizah Mokhtar (dua dari kiri) ketika program penulis di MPH Wangsa Maju
WebTV pertama mengetengahkan Tuan Mohd Yahya Fadzli Jusof (kiri) dan PTS Pro.

Selepas Pesta Buku Antarabangsa, dua kakitangan yang banyak membantu saya dalam menerbitkan buku-buku serta mempromosikan buku saya akan menamatkan perkhidmatan mereka pada akhir bulan ini.

Saya kira ini adalah dua individu yang banyak bersabar dengan karenah saya selaku penulis yang bernaung di bawah PTS Publication and Distributor melalui PTS Millennia dan PTS Professional.

Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada kedua-duanya yang banyak membantu sepanjang proses penghasilan buku dan secara langsung memberi input kepada diri saya selaku penulis bebas. Rasanya, selepas ini tidaklah dapat saya berpeluang mendengar suara mereka mempromosikan karya-karya penulis bagi memandaikan bangsa melalui bahasa ibunda.

Dua individu yang saya maksudkan ialah Cik Nurul Hafizah Mokhtar. Beliau merupakan editor perolehan di PTS Millennia. Tanggungjawabnya menuntut beliau membangunkan karya-karya bestseller di bawah PTS Millennia. Orang yang mempunyai sikap yang disenangi kerana merupakan pendengar yang baik. Juga menjadikan bos beliau sebagai inspirasi dengan mempelajari semangat bos memimpin PTS Millenia.

Insya Allah, manuskrip saya bertajuk Tip Menjadi Isteri Pujaan Sepanjang Hayat, karangan bersama Tuan Imran Yusof merupakan antara manuskrip terakhir yang bakal dicanai menjadi sebuah buku. Moga-moga ia menjadi sebuah buku yang diterima ramai.

Jika diizinkan Allah buku Tip Menjadi Isteri Pujaan Sepanjang Hayat menjadi sebuah buku yang bertahan lama dan laris, saya dedikasikan kejayaan buku ini kepada cik Nurul Hafizah Mokhtar. Beliau bakal berkhidmat di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM di Putrajaya.

Individu kedua ialah Tuan Ahmad Fadzli Yahya Jusoh, juga merupakan editor perolehan di bawah PTS Profesional. Alhamdullilah, walaupun perkenalan kami singkat, tetapi beliau banyak membuka mata dan perspektif saya kepada perkara-perkara baru.

Individu ini saya gambarkan sebagai seorang yang mempunyai jiwa besar, mempunyai idea-idea, jelas dengan keadaan dan bersungguh-sungguh apabila berurusan dengan penulis.

Beliau bakal menjadi penulis sepenuh masa dan berkarya dari Pulau Pinang. Syukur kepada Allah kerana kami juga kini bukan sekadar berhubungan sebagai editor perolehan dan penulis, tetapi kini di dalam saf yang sama iaitu sebagai penulis bersama. Insya Allah, buku Mengurus Konflik Cara Streetsmart akan ditulis bersama dan diterbitkan oleh PTS Millennia pada tahun ini.

Manuskrip saya bertajuk Tip Menjadi Penulis Bestseller juga merupakan salah satu manuskrip tulisan saya yang bakal dicanai menjadi sebuah buku. Sekali lagi, dengan jasa baik beliau, Moga-moga ia menjadi sebuah buku yang diterima ramai. Jika diizinkan Allah buku Tip Menjadi Penulis Bestseller menjadi sebuah buku yang bertahan lama dan laris, saya dedikasikan kejayaan buku ini kepada beliau.

Terima kasih kepada cik Nurul Hafizah Mokhtar dan Tuan Mohd Yahya Fadzli Jusoh. Dedikasi dan kesungguhan kalian di PTS memberi inspirasi besar kepada penulis biasa ini. Mohon maaf daripada saya dalam apa jua perbuatan secara sedar atau sebaliknya. Ucapan terima kasih atas pertolongan dan budi baik kalian.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,566 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: