Kucing dan pemikiran luar kotak

1

April 22, 2008 oleh zamrimohamad


Konsep rumah kurungan untuk kucing belaan
Adakalanya dipanggil cage dan juga dipanggil condo

Hari ini, catatan blog berbeza dan tidak ada kena mengena dengan buku. Sudah lama saya memerhatikan dan melihat gelagat haiwan belaan ini sejak berada di Melaka. Dahulu tidak begini, cuma akhir-akhir ini haiwan belaan ini menguji kesabaran saya. Mungkin haiwan belaan ini hendak menyuruh saya berfikir luar kotak.

Oh, sebenarnya haiwan belaan bernama kucing ini bukanlah kerana saya sendiri hendak membelanya. Kucing yang benar-benar dibela hanyalah seekor, masih hidup sepanjang 15 tahun lalu.

Kehadiran kucing-kucing liar menjadikan jumlahnya bertambah. Kemudian berkurangan semula. Hendak dibuang, kasihan pula. Mungkin ada yang menjadi mangsa simbahan air panas, dipukul dan seumpamanya.

Tetapi aktiviti harian kucing-kucing ini sudah semakin menjadi-jadi. Maka, mahu tidak mahu kucing-kucing yang diberikan status bebas perlu dikurung sementara bagi mendisiplinkan tabiat mereka.

Teringat pula kepada Puan Ainon yang banyak membela kucing, maka saya e-melkan kepada beliau mohon idea. Rupa-rupanya e-mel saya dijadikan bahan entri Universiti Terbuka PTS. Pelbagai komen termasuk komen saya sendiri.

Alaikumussalam! Terima kasih atas doa-doa yang saudara kirim buat saya. Saya pun mendoakan yang serupa buat saudara. Ditambah dengan doa moga-moga buku-buku saudara laku keras dalam pasaran.

Hehehe…. nanti saya siarkan surat ini dalam UNIKA, supaya ada yang memberi tip!

Itu jawapan Puan Ainon, dipetik perkataan demi perkataan dari e-mel pagi tadi.

Shamsuddin Kadir on 04/22 at 08:16 AM

Hebatnya Puan Ainon, bukan sahaja pakar rujuk industri buku tetapi juga tentang haiwan peliharaan.

Puan Ainon bukan sahaja sebagai pengerusi PTS tetapi juga Pengerusi Hal Ehwal Kucing Sedunia. He he.

Mungkin selepas ini Tuan Zamri dapat menulis buku “77 Tip Melembutkan Hati …”

Zamri Mohamad on 04/22 at 03:09 PM

Masya Allah, surat ini pun keluar dalam UNIKA jugakah?

Tuan Shamsuddin, Puan Ainon pelihara begitu banyak kucing, saya sudah pening kepala hendak menjaga kucing-kucing ini. Dahulu tidaklah buat perangai sangat, tahun ini menjadi-jadi pula. Memang mencabar kesabaran juga. Ada idea lontarkan.

PTS Pro mungkin hendak terbitkan buku Memulakan Bisnes Kucing (bersiri untuk bisnes lembu, kambing dan sebagainya)

Nota: Ada hadis menyebutkan menjual kucing adalah haram.

Faris on 04/22 at 05:17 PM

Tuan Zamri dan Tuan Sham,

Alang-alang bincang tentang judul buku, saya hendak tambah lagi… 77 Tip Melembutkan Hati Kambing dan Lembu (promosi jualan Hari Raya Aidifitri), Hidup Tenang Tanpa Kucing dan sebagainya. Ada yang hendak tambah lagi…? Mungkin ada sesiapa yang hendak tulis Jibunsyi kucing?

Zamri Mohamad on 04/22 at 05:28 PM

Tuan Faris, kita bongkar misteri Rahsia Kucing milik orang Islam di Cina.

Setakat ini saya mendapat beberapa respon dan idea, antaranya membina kurungan bagi kucing-kucing ini seperti dalam gambar-gambar. Selepas jam 11 malam tadi, ibu saya memberi cadangan, “Mengapa tidak jadikan ruang bawah rumah sebagai kurungan. Tambah tembok batu blok di sekeliling dan sediakan ruang pengudaraan. Kawasan lebih besar dan tidak menzalimi haiwan.”

Ibu saya berfikir luar daripada kotak. Mudah dan praktikal. Saya ketawa sendiri. Idea semudah ini pun tidak dapat saya fikir.

Nota: gambar diambil daripada http://www.thecatsden.net/apartments.html#9

Advertisements

One thought on “Kucing dan pemikiran luar kotak

  1. Hairi berkata:

    Sila lihat rekabentuk dan binaan rumah kucing di
    http://bina-rumah-kucing.blogspot.my/p/produk-kami.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 363,129 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: