Bukan sekali tetapi 13 kali tersiar lagi dan lagi

Tinggalkan komen

April 23, 2008 oleh zamrimohamad



Sekitar jam 8.30 malam, saya membuka peti e-mel. Salah satu e-mel yang diterima cukup menggembirakan saya. Subhanallah dan Alhamdulillah, pujian kepada Allah atas keizinan yang diberikan.

Catatan e-mel yang memberi saya kegembiraan dan kekuatan untuk menulis dan menghasilkan buku-buku yang memberi manfaat kepada para pembaca.

Maklum balas pembaca sebenarnya penting bagi mana-mana penulis bagi melihat prestasi karya, membuat penambahbaikan dan mengekalkan kualiti kerja yang baik.

Pembaca sentiasa penting sebagai cermin kepada penulis bagi memperelokkan setiap ayat yang ditulis dan dicetak kemudian disebar luas kepada khayalak.

E-mel yang saya terima adalah daripada Tuan Rahisam Ramli. Beliau merupakan pensyarah dan penyelaras Program Diploma Pengurusan dan Pentadbiran Islam, Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka KTIAM.

Pembaca seperti Tuan Rahisam dan para pembaca lain adalah kuasa-kuasa halimunan yang memperteguhkan saya dan memberi inspirasi kepada saya. Mohon doa tuan dan puan agar diberi kekuatan ini bagi terus berkarya.
Berikut merupakan catatan daripada Tuan Rahisam.

Name: rahisam ramli
Email: syafiqns@yahoo.com
Website:

Assalamualaikum saudara Zamri.

Terima kasih yang tidak terhingga kerana permulaan untuk menulis akhirnya menjadi satu kepuasan kepada diri sendiri. Sehingga kini artikel yang dihantar menjadi ukuran kepada saya untuk terus mempraktikkan petua-petua menjadi penulis.

Dorongan daripada buku tulisan saudara menjadikan artikel yang dihantar mendapat tempat dan adakala berada di ruangan rencana dan besar.

Alhamdulillah sehingga kini sudah 13 artikel yang disiarkan di Utusan Malaysia.

Terima kasih sekali lagi.

Time: Rabu April 23, 2008 at 6:16 am
IP Address: 60.49.149.2

Daripada pengunjung tak dikenali ke laman anda.

Antara artikel Tuan Rahisam di Utusan Malaysia ialah seperti berikut sebagaimana direkod dalam arkib Utusan Malaysia Online.

1. Bahaya kemiskinan terhadap kedaulatan negara
2. Hijrah pemikiran ummah
3. Utamakan jaminan kebersihan, kualiti penyediaan makanan halal
4. Sabar hadapi musibah
5. Perkukuhkan kedaulatan negara daripada ancaman ekstremis
6. Menjaga toleransi negara
7. Indahnya hikmah melafazkan salam
8. Misi 2057 lahirkan personaliti unggul
9. Formula menjamin kedaulatan negara Islam
10. Zakat tidak mengikis pendapatan
11. Pakatan strategik elak penjajahan ekonomi
12. Ejen basmi kemiskinan
13. Gaji baru bukan alasan untuk boros

Mengenai buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas, sila klik di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,987 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: