Respon dari penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim mengenai Isu motivator dengan PHD tidak sahih

Tinggalkan komen

April 30, 2008 oleh zamrimohamad


Laporan Eksklusif hari Ahad yang menghabiskan akhbar KOSMO pada hari itu. Berita rencana oleh Martin Abdul Kahar. Baca sebahagian berita klik di sini

Sambungan laporan eksklusif hari Isnin yang bakal menghabiskan akhbar KOSMO segera sebelum jam 9.00 pagi. Laporan, rencana berita oleh Saiful Affendy Sapran. Baca sebahagian berita klik di sini

Rupa-rupanya entri saya mengenai pendedahan di KOSMO diberi respon oleh individu yang terpampang pada halaman utama KOSMO pada hari Ahad dan Isnin lalu iaitu penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim.

Entri ini adalah sebahagian daripada petikan komen penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim untuk entri . Baca penuh komen beliau dengan klik di sini

“….Saya harap mereka saman saya di mahkamah atas tuduhan fitnah. Tapi saya amat pasti mereka tidak akan melakukannya kerana dalam kes fitnah, orang yang kena fitnah hendaklah membuktikan apa yang saya katakan ini tidak benar. Sekiranya mereka gagal, dengan sendirinya mereka akan didapati memang memperdayakan orang ramai dan tuduhan tadi bukan fitnah. Sebab itu, tak seorangpun membuat laporan polis.

Saya beritahu saudara perkara ini atas dasar kebenaran dan supaya tidak menimbulkan fitnah kepada motivator lain.

Sesiapa yang ada membeli buku mereka, buat laporan Polis dan juga kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untuk tindakan lanjut….”

Baca penuh komen beliau dengan klik di sini

Kamal Affandi Hashim.
019-2109999

Siapakah Kamal Affandi Hashim?

Saya petik daripada blog beliau di http://kamalfndhashim.blogspot.com/

Photojournalist turned policeman turned crime analyst, i dedicated my whole life for the benefits of fellow malaysian. I dont really care if or what if i dont get anything back in return, i just want to save lives.So help me God.

Petikan dari Fadzli Yusof di www.fadlzliyusof.com

Saya juga pernah ‘dilamar’ untuk menyertai kelompok PhD segera ini, tetapi setelah berfikir panjang, saya tidak sanggup untuk melihat orang lain memandang saya dengan pandangan ‘hormat’ (kerana telah melalui proses ilmu yang tinggi-PhD), walhal saya hanya membayar RM15,000 dan menghadiri 3 seminar di hotel lima bintang! Baca lagi sini http://fadzliyusof.com/?p=475

Respon rasmi dari individu yang dinyatakan oleh Tuan Kamal Affendi Hashim dalam komen di blog ini. Klik di sini bagi respon penuh

Kebanyakan korporat dan agensi yang menjemput para perunding akan meminta profil perunding termasuklah kelayakan akademik yang diperolehi.

Kadar yuran bagi program dipersetujui jika tahap pengalaman dan akademiknya diyakini dapat memberi impak positif kepada para peserta yang menyertai program perunding tersebut.

Jika jemputan ceramah mengikut kadar kerajaan sekalipun, beza bayaran per jam bagi penceramah bertaraf sijil dan ijazah adalah berbeza. Ini menunjukkan ada keperluan signifikan bagi mengetahui tahap pendidikan perunding.

Salah satu persepsi yang dipegang oleh korporat dan agensi ialah latar akademik yang dimiliki perunding adalah diiktiraf oleh kerajaan. Jika ia terkeluar daripada sistem, menjadi tanggungjawab perunding memaklumkan status tersebut bagi memperbetulkan persepsi itu.

Peranan pengiktirafan kerajaan terhadap sijil akademik bukan sekadar bertujuan bagi sebarang proses pengambilan kerja. Akreditasi dan pengikitirafan tersebut menjadi tanda aras bagi mana-mana organisasi bagi meyakini tahap akademik perunding.

Nota : blog ini memenuhi falsafah kebebasan bersuara dan respon dari mana-mana pihak sekali pun sebagaimana dipegang oleh mana-mana penulis bebas tempatan. Keterbukaan menjadi teras kepada blog ini berkenaan isu ini. Terima kasih.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,182 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: