Iron Man, Kisah orang putih yang bertaubat.

Tinggalkan komen

Mei 6, 2008 oleh zamrimohamad


Seperti kereta Kancil, sut Iron Man juga perlu diselenggara selepas digunakan. Gambar diambil dari laman web rasmi http://ironmanmovie.marvel.com/

Kisah orang putih yang bertaubat.

Ya, saya ulangi Iron Man adalah kisah orang putih bertaubat.

Saya tidak boleh menulis panjang, kelak para peminat siri komik Marvel dan Iron Man akan marah kepada saya. Mereka mahu tahu permulaan, pertengahan dan akhir cerita Iron Man.

Jangan lupa selepas kredit, ada babak tambahan pertemuan Iron Man dan General Nicholas Joseph “Nick” Fury yang membawa kepada sekumpulan superhero lain seperti dalam Avenger.

Bak kata Nick pada akhir filem, “Kamu ingat kamu seorang sahaja hero super di dunia ini?”

Sebagaimana buku, Iron Man adalah harta intelek yang dikembangkan bermula dari sebuah komik hero super pada tahun 1963, dianimasikan dan difilemkan. Konsep dan watak Iron Man dicipta oleh empat individu iaitu;

Penulis dan editor bernama Stan Lee
Penulis Skrip Larry Lieber
Pelukis Don Heck dan Jack Kirby

Majalah Forbes menyenaraikan Iron Man sebagai watak hero super terkaya berdasaarkan taraf hidup hero super lain. Manakala Iron Man juga dikategorikan sebagai karakter komik yang lebih pandai berbanding watak hero super lain, ia dinyatakan oleh BusinessWeek. Bagi mereka yang mengikuti watak hero super ini tahu mengapa.

Cerita ini tidak jauh berbeza dengan filem Lord of War (2005) lakonan Nicholas Cage. Iron Man membawa kisah (Anthony) Tony Stark, seorang bilionaire dan tycoon pengeluar senjata pemusnah kepada Amerika yang mewarisi industri itu daripada bapanya.

Menjadi pelopor kepada persenjataan moden yang membekalkan senjata kepada tentera Amerika, Tony juga menjadi tumpuan negara-negara lain termasuklah kumpulan gerila yang bercita-cita besar mahu berkuasa melalui peperangan.

Tony diculik oleh sekumpulan gerila Afganistan selepas beliau membuat demonstrasi senjata terbarunya di sana. Beliau dipaksa membuat senjata yang sama sebagaimana dipertontonkan dalam sesi demonstrasi sebelumnya.

Sebaliknya berlaku. Dalam gua tempat beliau ditahan itulah terhasil sut besi yang digunakan bagi melepaskan diri. Dibantu oleh seorang tahanan lagi bernama Yinsen yang juga merupakan individu yang mahir dalam kejuruteraan, sut itu berjaya dihasilkan.

Yinsen adalah individu yang menyelamatkan nyawa Tony yang tercedera akibat serangan pihak gerila yang menggunakan senjata-senjata keluaran Stark Industries ke atas tentera Amerika yang mengiringinya. Senjata makan tuan.

Meskipun Tony berjaya melepaskan diri, nasib yang sama tidak menyebelahi Yensin yang mati dalam percubaan itu. Filem ini menunjukkan tiga versi sut yang digunakan oleh Iron Man (pasti ada yang marah dengan entri ini, mendedahkan lagi isi filem).

Melihat kembali situasi beliau diculik, Tony menyedari senjata yang dihasilkan sebenarnya bukanlah cara keamanan dapat dicapai.

Pada masa sama, Tony yang begitu tidak mementingkan kewujudan orang lain di sekeliling, kaki perempuan dan lebih mengikut arahnya sendiri dalam membuat keputusan menjadikan beliau sebagai seorang jutawan industri yang keseorangan dalam kejayaan.

Ditahan oleh kumpulan gerila itu menjadi Tony melihat satu sisi baru dalam hidupnya. Melihat penting manusia yang selalu bersama beliau. Melihat betapa teruknya sikap kawan makan kawan dalam bisnes. Melihat teknologi adalah bersifat membantu manusia dengan memudah cara hidup, bukan memusnahkan hidup.

Tony adalah orang putih dan hero super yang bertaubat.

Maklumat lanjut http://ironmanmovie.marvel.com/

Hari ini hari terakhir bagi cabutan bertuah buku percuma Rahsia Bisnes Mamak. Buku ini menduduki carta top 30 di MPH Alamanda Putrajaya pada April 2008. Klik di sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,566 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: