Lihat kanan, turun bawah dan simpan yang relevan

Tinggalkan komen

Mei 9, 2008 oleh zamrimohamad


Salah satu kaedah bagi penulis bebas mudah mendapatkan bahan untuk penulisan adalah dengan menggunakan aplikasi yang disediakan oleh Blogspot. Kaedah ini sesuai bagi kedua-dua penulis fiksyen dan nonfiksyen bagi mendapatkan maklumat berbentuk fakta.

Cuba lihat di sebelah kanan blog ini dan cari ruangan Berita Sana Sini. Ia adalah enji pencari berita yang disediakan oleh Google bagi pengguna Blogspot. Saya pertama kali melihatnya ketika melayari blog Tun Mahathir di http://www.chedet.com/

Apakah fungsi aplikasi ini?

Aplikasi ini akan meminta pengguna menyenaraikan semua kata kunci berkaitan yang ingin dicari saudara. Aplikasi ini kemudian akan menyenaraikan berita-berita terkini berkaitan kata kunci yang diberi.

Seperti gambar diatas, kata kunci yang saya senaraikan dan klik adalah perkataan Mamak. Semua berita mengenai Mamak disenaraikan. Saya simpan dan rekod dalam fail peribadi. Pada masa akan datang saya akan gunakan bagi edisi kemaskini Rahsia Bisnes Mamak apabila diizinkan Allah ia diulang cetak.

Ini menjawab soalan mengapa blog ini tidak ditutup setelah saya mempunyai blog di WordPress.

Cabutan bertuah Mei untuk buku Buat Duit Dengan Terbit Sendiri telah diketahui. Cabutan bertuah bagi pembeli Jun 2008 dibuka bermula hari ini. Sebuah buku yang diulang cetak sejak 2006. Tajuk adalah rahsia. Hanya pembeli Buat Duit Dengan Terbit Sendiri akan dimaklumkan. Klik di sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,141 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: