Internet bawah kubah

Tinggalkan komen

Mei 11, 2008 oleh zamrimohamad





Pada tahun 2000, saya dan rakan-rakan selalu ke mari. Apabila hampir tarikh peperiksaan, makin rancak kami ke sana bertafakur di perpustakaan masjid negeri. Tambahan lagi ada juga pengguna bukan Islam berbangsa Cina dan India menggunakan perkhidmatan perpustakaan dalam masjid setinggi dua tingkat.

Hari ini dan beberapa minggu lalu saya ke mari lagi.

Lama juga memerhati. Beberapa kali saya ke mari dan hari ini baru saya sedar ada maklumat baru yang terlepas pandang. Selain daripada perpustakaan, pejabat dan kini muzium al Quran, Masjid Negeri Al Azim mempunyai perkhidmatan terbaru kepada para jemaah.

Ditambah lagi dengan kelas harian yang pelbagai dan risalah mingguan Jumaat yang menggunakan bahasa Melayu Tinggi yang enak dibaca dan difahami, terdapat satu lagi perkhidmatan baru di sediakan.

Khidmat internet tanpa wayar percuma. Disediakan oleh kerajaan Negeri Melaka yang bercita-cita menjadikan negeri ini negeri digital.

Setakat ini saya masih belum melihat sesiapa menggunakan komputer riba di sini. Kelak saya akan cuba. (Foto diambil sebelum dan selepas solat Jumaat)

Cabutan Jun 2008 dibuka sekarang. Pembeli bertuah akan dipilih melalui cabutan bagi memenangi sebuah buku bernilai RM27.00 yang telah diulang cetak sejak 2006. Hanya pembeli Buat Duit Dengan Terbit Sendiri Buku akan dimaklumkan tajuk buku hadiah tersebut. Klik di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,987 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: