Ceramah Buku ‘Bisnes, Minda dan Kewangan’ di Mahkota Parade Melaka pada 5 dan 7 Jun 2008

Tinggalkan komen

Mei 22, 2008 oleh zamrimohamad


Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa Syarikat Buku Thai Kuang Sdn Bhd bakal menyambut ulangtahun ke 60 bermula pada Jun 2008. Bagi menyokong usaha membudayakan ilmu dan buku tempatan, sebagai salah satu acara yang bakal berlangsung sepanjang ulang tahun ini ialah program ceramah melibatkan penulis-penulis tempatan.

Kumpulan penulis tempatan dalam bidang bisnes, minda dan kewangan akan berada di Melaka bagi menyampaikan ceramah berkaitan dengan bidang mereka masing-masing. Ia juga dianggap mini seminar kepada para pengunjung bagi mengetahui secara langsung mengenai ketiga-tiga subjek ini.

Program melibatkan para penulis yang pertama kali diadakan di Melaka ini memberi pendedahan awal kepada para pengunjung yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta, wakil persatuan, belia dan mereka yang berminat dalam bisnes, pengurusan minda dan pengurusan kewangan.

Berikut merupakan jadual aturcara, lokasi dan ceramah yang bakal disampaikan oleh para penulis berikut.

Penceramah : Tuan Amar Mahmood
Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Rahsia Menarik Kekayaan

Penceramah : Puan Norlela Zubir
Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008
Masa : 4.30 petang – 6.00 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Cabaran Dalam Bisnes Keluarga

Penceramah : Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Muhammad Faisal Sharbuddin
Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2008
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Rahsia Bisnes Mamak

Penceramah : Tuan Shamsuddin Kadir
Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2008
Masa : 4.30 petang – 6.00 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Kaya dengan Rumah

Kami dengan sukacitanya menjemput Tuan dan Puan serta organisasi bagi bersama-sama dalam program yang diadakan khusus kepada warga Melaka. Disertakan bersama jemputan ini, profil dan latar belakang para penceramah yang bakal terbabit dalam program ini.

Kami juga amat berbesar hati dengan bantuan Tuan dan Puan menyebarkan maklumat ini kepada individu-individu dan organisasi yang berminat melibatkan diri dalam program ini.

Sokongan pihak Tuan dan Puan disusuli dengan ucapan terima kasih.

Latar belakang penceramah.

Penceramah : Tuan Amar Mahmood
Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Rahsia Menarik Kekayaan

Latar belakang Tuan Amar Mahmood

Dilahirkan pada 27hb Disember 1973 di Melaka. Memegang kelulusan dari Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM) dalam Jurusan Ekonomi (industrial).

Beliau mempunyai pengalaman selama hampir 10 tahun di dalam dunia korporat. Sebaik menamatkan pengajian tinggi di Universiti, beliau telah bekerja di sebuah syarikat kewangan bertaraf antarabangsa.

Berpeluang mendalami bidang pengurusan korporat dari marketing, credit management, credit judgement, administration, customer service dan sales operation selama 10 tahun di syarikat tersebut.

Pernah dipilih sebagai “Excellent Staff” dan memimpin branch beliau mendapat anugerah “Best Branch of the Year” dan dihantar ke Jepun sebagai hadiah pencapaian beliau.

“Rahsia Minda Jutawan” (Feb 2007) ditulis hanya selepas beliau berhenti bekerja dan selepas 6 bulan diterbitkan di pasaran, buku ini telah dicetak semula oleh pihak penerbitan iaitu PTS Publication.

Buku kedua beliau iaitu “Tarik Kekayaan dengan Kuasa Minda juga sedang mendapat sambutan semenjak mula di terbitkan mulai bulan April lepas (2008).

Latar belakang penceramah

Penceramah : Puan Norlela Zubir
Tarikh : Khamis, 5 Jun 2008
Masa : 4.30 petang – 6.00 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Cabaran Dalam Bisnes Keluarga

Latar belakang Puan Norlela Zubir

Pengarah Eksekutif, Yuzuki Melaka Sdn. Bhd. Mengendali khidmat latihan dan konsultansi keusahawanan, khusus bagi bisnes EKS. Berpengalaman mengurus bisnes keluarga lebih 15 tahun. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kewangan), Southern Illinois University, USA & Diploma Perakaunan (UiTM). Pengalaman kerja dalam pengurusan, kewangan dan akaun.

Buku tulisan beliau adalah Bagaimana Bisnes Keluarga Berjaya. Ia telah dilesenkan ke Jakarta dengan judul Famillionaire.

Buku kedua beliau bertajuk 50 Kisah Usahawan Wanita.

Latar belakang penceramah

Penceramah : Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Muhammad Faisal Sharbuddin
Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2008
Masa : 3.00 petang – 4.30 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Rahsia Bisnes Mamak

Latar belakang Tuan Zamri Mohamad

Bekas pelajar SMK Tinggi Melaka pada tahun 2001 juga merupakan graduan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau merupakan pemegang ijazah Kewartawanan dan Komunikasi Massa.

Terlibat sebagai penulis bebas dalam beberapa buah majalah dan akhbar tempatan sejak tahun 2001. Siri penulisan beliau yang pernah disiarkan meliputi isu-isu kekeluargaan, remaja, masyarakat dan agama.

Beliau merupakan bekas pembantu pembangun program secara separuh masa bersama sebuah rangkaian penyiaran Islam pertama di Malaysia, Ansar Channel, MITV. Menjadi pembantu koresponden Malaysia bagi Islam Online, sebuah agensi berita antarabangsa yang beroperasi di Dubai, Emeriah Arab Bersatu. Pernah menjawat jawatan pembantu kepada Penasihat Media, Jabatan Rektor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Pada tahun 2002-2005, beliau pernah menjadi penyelidik bebas secara sambilan bagi sebuah konsultan perunding perniagaan kecil, Sprint Marketing Concept di Kuala Lumpur.

Melalui konsultan perniagaan kecil yang telah beroperasi sejak tahun 1996 ini, tugas beliau melihat trend dan perkembangan bisnes kecil melalui media dalam bidang francais dan F&B (Food and Beverages). Zamri Mohamad adalah jurulatih penulis dan pengendali bengkel penulisan buku non fiksyen.

Buku Rahsia Bisnes Mamak adalah buku kelima beliau yang ditulis bersama Muhammad Faisal Sharbuddin.

Latar belakang Tuan Muhammad Faisal Sharbudin.

Berpengalaman luas dalam dunia bisnes sejak berumur sepuluh tahun lagi. Muhammad Faisal Sharbudin dilahirkan dalam keluarga bisnes dan dididik dalam budaya perniagaan India Muslim dari rumah.

Saudara-mara beliau juga merupakan peniaga-peniaga yang aktif dalam pelbagai jenis bisnes melibatkan perniagaan runcit, kedai makan dan restoran, perniagaan pengedaran novel dan buku-buku agama, perniagaan pertukaran wang asing, perniagaan berasaskan tekstil dan perniagaan pembuatan roti.

Muhammad Faisal Sharbudin merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Muhammad Faisal memperolehi Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), kampus Jengka, Pahang. Kemudian beliau melanjutkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kewangan dari universiti yang sama di kampus Shah Alam, Selangor.

Muhammad Faisal Sharbudin menjawat jawatan pembantu akauntan di sebuah firma antarabangsa.

Buku Rahsia Bisnes Mamak adalah buku pertama beliau yang ditulis bersama Zamri Mohamad.

Latar belakang penceramah

Penceramah : Tuan Shamsuddin Kadir
Tarikh : Sabtu, 7 Jun 2008
Masa : 4.30 petang – 6.00 petang
Lokasi : Pentas Utama, Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade, Melaka
Topik : Kaya dengan Rumah

Latar belakang Tuan Shamsuddin Kadir

Shamsuddin Kadir anak tempatan yang dilahirkan pada 25 Mei 1975 di Kota Bharu, Kelantan.

Kini melibatkan diri dalam program pendidikan kewangan peribadi dan keluarga melalui ceramah-ceramah di masjid-masjid sekitar Selangor di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Pemegang Ijazah Perakaunan (Kepujian) dari UiTM dan ahli penuh Institut Akauntan Malaysia (MIA).

Penceramah kewangan peribadi. Para klien yang menjemputnya adalah Majlis Sukan Negara, Akademi Percukaian Malaysia, Majlis Perbandaran Port Dickson, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan Elite Compact Sdn Bhd.

Jurulatih bagi bengkel menguruskan wang gaji, motivasi Muda Senang, Tua Tenang, penyelesaian hutang peribadi, pelaburan hartanah dan membina kerjaya super.

Shamsuddin Ab Kadir C.A.(M), seorang penceramah kewangan peribadi yang mengendalikan program penyelesaian masalah kewangan peribadi, penyelesaian hutang dan perancangan kerjaya.

Beliau sudah menerbitkan 2 buah buku, Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan Makan Gaji Tetapi Kaya. Kedua-dua buku dilesenkan di Jakarta juga. Buku tersebut berkenaan dengan kewangan peribadi, penyelesaian hutang dan pelaburan dalam hartanah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,102 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: