Selama 30 tahun buku ini mengubah kedudukan karier wanita

Tinggalkan komen

Mei 31, 2008 oleh zamrimohamad


Dapatkah sebuah buku mengubah manusia?

Di Malaysia kita tidak mempunyai kajian yang khusus mengenai fanomena ini. Tetapi terdapat satu kepercayaan yang kuat bahawa buku yang baik dapat mengubah tingkah laku dan cara manusia berfikir. Salah satu contoh yang disiarkan di media adalah kisah novel Laskar Pelangi yang begitu berpengaruh sehinggakan menjadikan seorang penagih bertaubat dan tidak mahu mengambil dadah lagi.

Contoh klasik lain adalah fanomena buku tulisan Napoleon Hill. Buku beliau adalah antara buku yang disebut-sebut dalam kebanyakkan buku motivasi moden. Salah seorang yang dipengaruhi oleh buku Think and Grow Rich karangan Napoleon adalah Billy PS Lim yang menulis buku Dare to Fail.

Ketika ini saya mencuba-cuba membeli majalah luar negara. Antaranya, majalah Success, Small Business dan Conde Nast Portfolio. Biasanya, saya beli bagi menambah rujukan kes bagi buku-buku tulisan terbaru. Tambahan lagi siri buku pengurusan moden Streetsmart memerlukan pelbagai bentuk kajian kes.

Sebuah majalah yang menarik perhatian saya adalah majalah Conde Nast Portfolio (lihat kulit majalah di atas).

Saya cuba menyelidiki serba sedikit latar belakang majalah ini.

Petikan daripada Wikipedia

Condé Nast Portfolio is a business magazine published by Condé Nast. With the subtitle “Business Intelligence,” and featuring high-profile journalists,[1] the magazine considers itself a source for “serious business journalism.”[2]

Portfolio’s April 2007 launch was heavily reported on due, in part, to its large estimated budget reported to be from $100 million[3] – $125 million[4] (covering multiple years of operation), as well as the boldness of Condé Nast to launch a business magazine at a time when similar, pre-existing magazines, such as Fortune, Forbes, Business 2.0 are struggling to sell advertising space.[4] The second issue released in September 2007 and subsequent issues released monthly afterwards. [1]

Dalam isu keluaran April 2008, majalah ini menyentuh isu wanita dalam dunia kerjaya moden. Fokus isu kali ini melibatkan cabaran wanita menduduki jawatan tinggi dalam organisasi-organisasi gergasi antarabangsa.

Salah satu perkara menarik yang dapat saya petik daripada artikel tulisan Harriet Rubin ialah bagaimana kuasa buku mencipta lebih runag untuk wanita menduduki jawatan tertinggi.

Maka dua orang profesor dari Harvard Business School membuat perancangan jangka panjang. Profesor bernama Anne Jardim dan Margaret Hening bekerjasama menulis sebuah buku yang menjadi persediaan kepada para pekerja wanita yang kebanyakkan daripada mereka memegang jawatan setiausaha dan pembantu peribadi kepada majikan untuk naik ke tahap lebih tinggi.

Buku bertajuk The Managerial Women ditulis sebagai memenuhi perancangan itu. Ketika buku itu ditulis pada tahun 1977, peratusan wanita yang memegang jawatan hierarki tinggi hanya 3.7 peratus.

Buku tersebut telah memberi inspirasi bagi golongan wanita meningkatkan kerjaya mereka. Selama 30 tahun ia berada di pasaran, jumlah peratusan wanita yang menjadi pengurus mencecah 52 peratus.

Buku The Managerial Women yang dikategorikan sebagai terlaris New York merupakan agen perubahan senario di Amerika.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,345 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: