Buku Tempatan platform menyatukan pelbagai bangsa

2

Jun 4, 2008 oleh zamrimohamad






Hari pertama pesta buku sempena ulangtahun ke-60 Thai Kuang memberi kesan yang positif dalam usaha mempromosi budaya buku dan ceramah buku di Melaka.

Ini adalah program pertama dalam perkembangan dunia buku di negeri ini. Berada di ruang legar kompleks membeli belah Mahkota Parade dan turut serta dalam aktiviti ilmu ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Penulis-penulis PTS adalah satu-satunya kumpulan penulis yang mewakili jenama penerbit PTS yang turun mendukung usaha ini. Tanpa mengira apa jua hasilnya, sokongan terhadap budaya ilmu melalui ruang dan peluang yang diberi menjadi prioriti para penulis.

Tuan Abdul Latip Talib atau dikenali dengan panggilan Pak Latip membuka tirai kehadiran penulis PTS pertama dalam pesta buku ini. Meskipun ini adalah pesta buku yang pertama dianjurkan oleh pihak Thai Kuang, ia merupakan pengalaman yang memberi kami peluang mempelajari banyak perkara. Tuan Malvin, pegawai berketurunan kacukan Cina-India yang juga merupakan senior di sekolah saya (Sekolah Tinggi Melaka, 1995) banyak membantu kami sepanjang program ini.

Persamaan ini menjadikan kami lebih mudah berinteraksi, sekali sekala sentimen High School bermain di bibir kami. Itulah budaya para pelajar sekolah tinggalan kolonial. Budaya High School yang mendekatkan generasi lama dan baru Sekolah Tinggi Melaka.

Apabila saya ajukan soalan adakah keperluan untuk menambah kuantiti buku penulis-penulis PTS yang berada di atas meja pameran, Tuan Malvin, buku-buku yang dibawa turun dari stor di atas sudah pun berkurangan, terjual sebelum ini dan itulah kuantiti yang tinggal untuk dipamerkan. Ini merupakan petanda yang baik kesan daripada kepercayaan pembaca kepada buku-buku PTS.

Meskipun pesta buku ini pertama kali diadakan, situasi yang dialami oleh penulis amat memberangsangkan. Para pengunjung yang berada di ruang legar kompleks ini mengambil peluang mendapatkan buku-buku tulisan Pak Latip.


Satu situasi unik di bumi Melaka ini ialah kehadiran pengunjung berbangsa Melayu, Cina dan India (lihat gambar, pengunjung wanita Melayu, lelaki Cina, wanita India beratur sebaris) ke meja pameran dan mendapatkan buku-buku Pak Latip. Seperti yang kita semua maklum, buku-buku Pak Latip adalah siri novel sejarah pahlawan Islam. Keterbukaan pengunjung pelbagai bangsa dan agama ini memberi satu wajah baru dalam promosi budaya ilmu di Melaka.

Malah Pak Latip sendiri yang datang dari Jelebu bersama keluarga agak terkejut dengan situasi ini. Jumlah yang hadir adalah sederhana, tetapi kami yakin jika pada ruang pameran sepanjang pesta buku Thai Kuang ditambah lebih banyak buku dan rak-rak mudah alih, ini akan memberi impak kepada acara ini. Tambahan lagi, musim cuti sekolah menjadi peluang dan ruang bagi mempromosikan jenama Thai Kuang dan PTS bersama.

Kelebihan ruang legar yang mempunyai sistem pembesar suara yang mampu didengari segenap ruang kompleks membeli belah memberi kepuasan bagi saudara Roslan mempromosi buku-buku Pak Latip dan memaklumkan kedatangannya.

Kaum wanita adalah antara pengunjung majoriti dan ada yang datang bersama keluarga. Seorang pensyarah dari Universiti Multimedia turut datang memiliki beberapa siri novel Islam karya Pak Latip dan berkongsi perancangan beliau menghasilkan karya fiksyen.

Percaya atau tidak, menurut kakitangan Thai Kuang bernama cik Intan, pengasas Thai Kuang masih lagi berperanan memantau perkembangan operasi perniagaan yang sudah menjangkau 60 tahun. Kedai buku ini mempunyai dua buah cawangan di Melaka. Siri buku PTS menyambut para pengunjung di pintu masuk kedai buku utama di negeri ini.

Saya mencongak. Jika umur pengasas kedai buku ini ketika mula-mula membuka perniagaan ini adalah 27 tahun, mungkin hari ini beliau sudah berusia 87 tahun.

Jangan lupa, Khamis, Jumaat dan Sabtu ini para penulis PTS akan berada di sana jam 3 petang.

Ingin terbit buku impian sendiri? Klik di sini

Advertisements

2 thoughts on “Buku Tempatan platform menyatukan pelbagai bangsa

  1. ABDUL LATIP berkata:

    Assalamualaikum,

    Terima kasih Tuan Zamri Mohamad. Izinkan saya menyalin entri dan gambar-gambar ini.

    Giliran tuan Zamri pada hari sabtu tentu lebih meriah.

  2. Blog Rasmi Motivasi Minda berkata:

    Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dari hari Rabu ke hari Sabtu.

    Silakan Tuan jika mahu mengambil mana-mana gambar dan entri di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,331 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: