Sinergi pekedai dan penerbit sempena ulangtahun ke-60 Thai Kuang memberangsangkan!

Tinggalkan komen

Jun 5, 2008 oleh zamrimohamad



Tuan Malvin, Pengurus Thai Kuang berusia awal 30-an
Satu keluarga India Muslim memilih buku-buku PTS
Komitmen Tuan Roslan mempromo dua penulis dua jam tanpa henti
Dari bawah ke atas pentas

Menu ilmu pada hari ini disediakan oleh dua orang chef.
Pembeli Magnet Cinta (baju merah) lepasan SPM


Hari kedua ulangtahun ke-60 kedai buku Thai Kuang menunjukkan satu perubahan yang ketara. Saya melihat ini satu pendekatan yang positif bagi sebuah rangkaian buku yang baru pertama kali menganjurkan program bersama penulis di negeri ini. Setiap hari adalah proses menambah baik dan mencantikkan proses yang sedang berjalan, begitu juga program ini. Bertambah cantik dari segenap segi.

Menjadi sebahagian daripada sejarah ‘pertama kali’ ini dalam dunia buku di Melaka membuat saya gembira dan berbangga. Tidak ada ceramah buku seperti ini dibuat sebelum ini.

Kali ini saya berkesempatan berkenalan dengan pegawai jualan Thai Kuang bernama Damien. Keramahan beliau memudahkan kami berinteraksi sambil mendengar ceramah buku yang disampaikan oleh Tuan Amar Mahmood dan Puan Norlela Zubir.

Inilah kesempatan yang baik bagi penulis mendapatkan gambaran kasar apakah corak jual dan beli buku di Melaka. Damien pada asalnya seorang penjual insuran mengubah haluan dan menjual buku-buku secara bebas. Beliau membuat perumpamaan, “Buku seperti roti, lepas makan sekeping mahu makan lagi.”

Konsistensi beliau dan kemampuan beliau menutup jualan dengan bayaran tunai pelanggan menjadikan beliau antara staf yang dijemput memasuki keluarga bisnes buku Thai Kuang. Baru sahaja dua minggu, banyak perkara yang boleh kongsikan khususnya dalam seni menjual buku secara mobil atau bergerak.

Pengurus, Tuan Malvin memberi lebih tenaga kepada susun atur pameran kali ini. Sebahagian gambar saya kongsikan kepada saudara dan saudari. Jelas kelihatan perubahan besar dilakukan pada hari ini. Satu proses cuba dan jaya yang menggembirakan ramai pihak.

Komitmen Tuan Amar dan Puan Norlela dapat dilihat sepanjang program. Ditambah lagi kehadiran beberapa pengunjung yang mendapatkan maklumat daripada blog meyakinkan kami kekuatan blog bagi menyampaikan maklumat aktiviti ini.

Tuan Roslan, selaku pegawai perhubungan awam PTS komited menjadi juruacara program sejak semalam. Malah kemampuan beliau mengendalikan program mendapat respon daripada salah seorang pengunjung yang merupakan seorang ahli perniagaan. Beliau bertanyakan bagaimana hendak menjemput Tuan Roslan bagi mengendalikan majlis rasmi.

Lebih banyak buku-buku PTS dibawa ke bawah dan dipamerkan di ruang legar pada hari ini.

Sinergi PTS dan Thai Kuang memberi banyak ruang untuk melangkah dan membuat sesuatu yang baru pada masa akan datang.

Jumaat ini merupakan penampilan sulung Puan Hanita Hassan.

Jangan lupa penutup program ini melibatkan saya, Tuan Faisal Sharbuddin dan Tuan Shamsuddin Kadir pada hari Sabtu bermula jam 3 petang.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,512 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: