Temuramah bersama penulis best-seller nombor satu Amazon.com

1

Julai 6, 2008 oleh zamrimohamad


Steve Shapiro (kiri) bersama Zamri Mohamad selepas program

Saya mengambil peluang menghadiri ceramah buku yang dianjurkan oleh MPH Midvalley pada Ahad, 6 Julai. Pihak MPH menjemput penceramah dan penulis buku Steve Shapiro bagi mempromosikan buku terbarunya, Goal-Free Living; How to Have the Life You Want Now. Buku ini sudah pun diterbitkan pada tahun 2006 dan tahun ini ia dipromosikan di Malaysia.

Saya berkesempatan membaca buku ini dan sedikit sebanyak ia memberi peluang kepada saya membuat temubual ringkas bagi mendapatkan respon beliau. Temubual ini adalah berkaitan dengan kaedah mengurus konflik dan konsep Goal-Free Living yang diketengahkan.

Jika diizinkan Allah, pandangan Tuan Steve akan dimuatkan dalam satu bab khusus bagi buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Ini adalah buku kedua dalam siri Streetsmart yang saya sedang tulis bersama Tuan Ahmad Fadzli Yahya Jusoh.

Menghadiri ceramah buku beliau memberi saya satu perspektif baru mengenai budaya ceramah buku di Malaysia.

Meskipun Tuan Steve merupakan penulis best-seller nombor satu Amazon.com kategori motivasi bisnes, nombor satu bagi kategori pembangunan diri di Barnes and Noble.com, pernah ditemuramah oleh 500 akhbar dan majalah, muncul dalam 48 rancangan radio dan televisyen dan terlibat dalam latihan serta ceramah dalam bidang inovasi melibatkan 20,000 konsultan dari 27 buah negara. Semuanya itu tidak menjadikan orang Malaysia teruja bagi mengajukan apa-apa soalan kepada beliau.

Penulis tempatan yang baru dan akan terlibat dalam ceramah buku usah terkejut dengan sikap dingin hadirin. Ia adalah satu perkara normal. Penceramah seperti Tuan Steve yang pernah muncul dalam majalah Oprah, The New York Times, Newsweek, Entrepreneur, Investor Business Daily dan Tom Peters.com juga berhadapan dengan situasi yang sama.

Tuan Steve mempelawa para pengunjung mengajukan apa-apa soalan, para pengunjung lebih selesa mendengar ceramah beliau yang bertenaga diselang seli dengan cerita pengalaman beliau.

Sayang sekali jika tidak mengambil peluang bertanya kerana Tuan Steve sangat teruja untuk menjawab apa-apa soalan. Semasa dan selepas program, saya lebih cenderung mengajukan soalan bagi memenuhi keperluan buku saya akan datang.

Ini adalah lawatan pertama Steve ke Malaysia. Selama ini beliau lebih banyak berada di Singapura bagi mengendalikan program-program latihannya.

Selepas sejam, kami saling bertukar kad dan saling mengucap selamat maju jaya. Terima kasih Tuan Steven atas input dan idea yang diberi.

Tahukah saudara, bagi buku Goal-Free Living, Tuan Steve telah merentasi beberapa negeri di Amerika Syarikat dan menembual 150 individu biasa yang mempunyai kisah luar biasa?

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini

Advertisements

One thought on “Temuramah bersama penulis best-seller nombor satu Amazon.com

  1. KakChik berkata:

    seronoknya kalau dapat turut serta. org yang tinggal sekitar KL mmg bertuah, boleh hadiri byk program sebegini. bagi kami di KB ni, dah lah jarang ada, peminat pun kurang.
    laporan prog bersama en. nazrul kami dah masukkan dlm blog kami.

    dari: Perpustakaan DNaZ, KB

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,985 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: