Menulis di sudut sebuah kafe buku

Tinggalkan komen

Julai 8, 2008 oleh zamrimohamad


Dalam buku Goal-Free Living, Steve menceritakan beliau pernah merancang keluar dari keadaan biasa di tempatnya dan memandu ke kawasan tertentu untuk menulis. Saya juga cuba-cuba berbuat demikian. Memilih dua tempat, Selasa lalu di KLCC di medan seleranya menghadap cermin lutsinar yang jelas kelihatan lanskap di luar. Kedua, pada hari ini di dalam kedai buku Borders, ketika entri ini ditulis.

Memang berbeza perasaan dan situasinya.

Teringat saya kepada sebuah kisah Hindustan bertajuk Baghban.

Kisah ini menceritakan bagaimana pasangan suami-isteri veteran bernama Raj Malhotra (Amitabh Bachchan) dan Pooja (Hema Malini) yang romantis. Mereka dipisahkan oleh anak-anak lelaki mereka.

Mereka tinggal berasingan bersama anak-anak. Enam bulan mereka tinggal di rumah anak-anak masing-masing. Ditambah lagi dengan sikap empat orang anak lelaki dan menantu yang melihat ibu-bapa sebagai beban, sudah tentu mereka terasa hati.

Sedih dengan sikap anak-anak lelaki dan menantu, Raj lebih selesa berada di luar rumah dan berada di taman rekreasi sehinggalah dia bertemu dengan seorang pengusaha kafe milik Hemant Patel lakonan Paresh Rawal.

Di satu sudut kafe milik sahabat baru ini, Raj menaip manuskrip kisah hidupnya, perjalanan bertemu kekasih hati yang menjadi isterinya (di luar filem juga merupakan isteri sebenar) dan kesedihan yang dilalui. Manuskrip itu lahir daripada ketukan mesin taip yang dipinjam. Akhirnya Raj mengambil keputusan menemui isterinya dan meninggalkan rumah anaknya.

Manuskrip yang ditinggalkan pada meja kafe itu diambil oleh seorang remaja dan diserahkan kepada bapanya, pemilik sebuah penerbitan. Ia dicetak dan menjadi best-seller. Karya berjudul Baghban menjadi fanomena.

Filem ini ditayangkan pertama kali pada tahun 2003.

Nanti dahulu. Saya menulis di sudut kafe dalam kedai buku ini tidak ada kaitan dengan perpisahan dan kesedihan seperti dalam filem Baghban ya!

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,187 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: