Bill Zanker, Donald Trump, Annex Learning dan Think Big and Kick Ass

Tinggalkan komen

Julai 11, 2008 oleh zamrimohamad


Saya masih belum tergerak hati untuk membeli mana-mana buku tulisan Donald Trump. Sejak awal lagi, saya hanya membaca di kedai buku sahaja. Buku terbarunya, Think Big and Kick Ass merupakan buku yang ditulis bersama Bill Zanker. Selama sejam saya membacanya di Borders, memori saya menyimpan beberapa cerita menarik daripada Bill Zanker.

Siapakah Bill Zanker?

Bill Zanker adalah pengasas Learning Annex, sebuah perunding yang menjalankan kelas kemahiran sepanjang hayat. Khususnya subjek kemahiran interpersonal dan komunikasi. Selain daripada itu, kelas pengurusan diri dan organisasi juga dikelolakan.

Bill Zanker bertemu dengan Donald Trump apabila Bill mempelawa Trump menjadi jurucakap kepada program di bawah Learning Annex. Tetapi Bill terpaksa membayar USD$1,000,000 bagi membawanya ke program itu. Jumlah yang tidak pernah dibayar kepada mana-mana penceramah sebelum ini. Tetapi itulah jumlah yang ditawarkan oleh Bill selepas tawaran jumlah yang lebih rendah ditolak.

Kerana Trump, buat pertama kalinya Learning Annex menganjurkan ekspo yang melibatkan sasaran awal seramai 10,000 peserta. Sebelum ini, Annex Learning hanya mensasarkan program bagi keperluan 300 peserta. Aura Trump telah menarik lebih 30,000 orang peserta di luar stadium yang sanggup berkhemah dan menunggu awal pagi bagi membeli tiket.

Bill menyifatkan Trump mencabarnya membuat sesuatu yang besar kerana percaya Bill dapat melakukan. Kesan daripada cabaran ini, Learning Annex kini mencapai keuntungan tahunan sebanyak USD$150 juta setahun selepas kemasukan Trump sebagai penceramah tahunan mereka. Berbeza dahulu mengaut keuntungan sejumlah USD$5.5 juta setahun.

Bill mempunyai jiwa seorang usahawan. Malah Bill beruntung mempunyai seorang isteri yang dikenalinya semasa di kampus memberi buah fikiran yang bernas. Pada awalnya, Bill bercadang mengadakan kelas membaca puisi dan seni lakon. Tetapi isterinya mencadangkan kepada Bill menganjurkan kelas kemahiran umum yang dicari-cari ramai bagi keperluan mereka. Simpanan sejumlah USD$5000 dikeluarkan bagi menjalankan bisnes ini. Mereka menyewa sebuah studio kecil sebagai bilik presentasi. Learning Annex beroperasi pada tahun 1980.

Bill akan memakai kustom badut dan berdiri di tepi jalan sambil mengedarkan risalah promosi. Bagi menarik perhatian ramai, Bill memberi saranan berikut, “Jika Tuan hubungi nombor di risalah ini, maklumkan kepada mereka bahawa ada badut ceria yang memberinya kepada anda. Kelak Tuan akan diberi diskaun istimewa.”

Itulah apa yang dilakukan oleh Bill, selesai mengedar risalah beliau berlari ke studio dan menunggu panggilan telefon.

Cabaran Learning Annex bukan sekecil anak. Ketika Bill cuba menganjurkan ekspo pendidikan pertama mereka, Bill telah bertemu dengan orang industri yang sudah lama dalam pasaran dan menguruskan eskpo bertaraf nasional.

Apa yang diperolehi Bill adalah gelak ketawa dan sindiran ini, “Saya lihat kamu dan lima orang rakan kamu dalam kumpulan desperado. Terdesak melakukan sesuatu yang mustahil.”

Bill dan lima orang rakan lain tidak berpuas hati dengan sindiran itu. Maka mereka berenam duduk dalam sebuah bilik kecil dan membincangkan langkah mereka bagi menarik 10,000 orang peserta ke ekspo mereka. Sebaliknya mereka berjaya menarik tiga kali ganda penyertaan.

Program bersama selebriti adalah teras Learning Annex. Bill mempelawa selebriti pelbagai bidang bagi memberi sejam daripada masa mereka berkongsi pengalaman bersama para peserta. Ia dilihat sebagai projek komuniti yang secara langsung menaikkan nama Learning Annex.

Bill pernah menghantar sejambak bunga besar berharga USD$200 kepada seorang chef bagi memenuhi jemputan beliau. Chef ini menolak permintaan beliau sebanyak sembilan kali. Bill sendiri bimbang kerana perbelanjaan membeli bunga sudah mencecah USD$1800.

“Apa yang dapat saya lakukan agar awak tidak memenuhi pejabat saya dengan jambangan bunga yang besar-besar ini. Tolonglah, selepas itu jangan ganggu saya,” kata Chef itu dan beliau memenuhi undangan Bill.

Bill juga pernah menghubungi penulis buku kewangan antarabangsa Rich Dad Poor Dad, Robert T Kiyosaki bagi memenuhi program amal ini. Seperti biasa mereka tidak berminat dengan jemputan itu dan menjadi peranan pembantu peribadi mereka menolak permintaan tersebut.

Bill tidak putus asa. Beliau menjadikan ia sebagai rutin menelefon pejabat T Kiyosaki setiap hari pada jam 11.00 pagi. Ia dilakukan selama enam bulan. Ini belum ditambah lagi dengan kegilaan Bill pergi ke seminar Kiyosaki bagi bertemunya, tetapi ditolak kerana tiada temujanji.

Selepas enam bulan, Bill dihubungi oleh isteri T Kiyosaki dan semuanya menjadi sejarah hebat bagi Learning Annex.

Saya melihat kembali model bisnes Annex Learning. Senarai penceramahnya adalah penulis buku dalam pelbagai industri. Pada harga yang murah, ratusan rakyat Amerika dapat mengambil peluang belajar dan mendapat skil tambahan pada setiap minggu. Dapatkan senario yang sama dilakukan di Malaysia?

Ingin terbitkan buku sendiri? Klik di sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,847 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: