Mazidul Akmal Sidik, 360 dan buku Virus Kehidupan

Tinggalkan komen

Julai 11, 2008 oleh zamrimohamad



“Pada awal tahun 1995, ketika menganggur saya menumpang di rumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. Pada 16 Jun 1995, sehari sebelum menghadirkan diri ke sesi ujibakat di TV3, saya berada dalam keadaan kelam kabut. Di mana saya hendak mencari sepasang kemeja?”

Ketika saya membelek-belek buku bertajuk Virus Kehidupan, saya membeleknya dengan rasa teruja. Penulisnya membuka kisah dalam buku tersebut itu bermula daripada beberapa hari sebelum ke ujibakat TV3 setelah sekian lama menganggur.

Melalui bantuan rakan baik bernama Nazri yang sudi menumpangkan beliau di rumahnya dan membawanya ke TV3, penulis buku ini telah mencipta satu pengalaman menarik dan menulis sejarah unik tersendiri sehingga ke hari ini. Nama beliau dikenali, kontroversi rancangan kendaliannya menjadi magnet yang menarik penonton dan paparan realiti yang disampaikan mencetuskan kegerunan.

Hari ini, penulis ini sudah bersama TV3 melebihi 13 tahun. Pengalaman beliau di TV3 khususnya mengendalikan rancangan 360 menjadi inti kepada penceritaan.

Sebelum saya pulang ke Melaka, saya sudah berjanji kepada diri dan penulisnya untuk membaca buku penulis ini. Ternyata saya tidak merasakan satu kerugian memiliki buku ini. Buku Virus Kehidupan membongkar modus operandi sindiket dadah, GRO dan pelumba haram atau dikenali nama Mat Rempit. Pengalaman sebagai wartawan penyiaran atau biasanya disebut BJ (Broadcast Journalist) di kalangan mereka memberi ruang dan peluang bagi penulis ini membedah siasat gejala ini. Tidak dilupakan kisah menyedut pasir dan penternakan khinzir serta wabak JE juga dimuatkan. Ada cerita lebih lanjut berbanding apa yang dilaporkan dalam berita perdana di televisyen.

Secara peribadi, buku ini wajib dibaca oleh badan-badan bukan kerajaan dan pembuat polisi serta masyarakat sebelum membuat susulan dan respon kepada gejala ini. Memahami minda komuniti yang semakin rosak dan mencari jalan kepada pembaikan pemikiran dan tingkah laku adalah langkah awal pencegahan.

Saya mengirim e-mel kepada penulis ini, “Secara dasar, penggunaan banyak dialog dalam buku Tuan sememangnya pendekatan yang tepat. Menurut teori penulisan mengikut kaedah Surah Yusof (www.sasteraislami.blogspot.com), dialog mencetuskan pergerakan aktif atau action kemudian diiringi dengan latar atau setting yang ditulis. Ia lebih mudah dibaca, lebih laju, mencetuskan imaginasi pembaca dan jika mahu didramakan kisah Virus Kehidupan, ia mudah dijadikan skrip.

Saya gembira apabila Virus Kehidupan ditulis sedemikian. Jika diulang cetak, jika ada kemaskini, mohon agar gambar ditambah khususnya tempat-tempat yang dimaksudkan dan diterangkan sedikit gambarnya. Moga ia menarik lebih ramai pembaca bagi mengetahui kisah kewartawanan dan isu sosial dari sudut perjalanan sebenar. Jika di Indonesia sudah ada karya Jakarta Undercover” (Sex in The City) oleh Moammar Emka, saya kira Virus Kehidupan adalah versi Malaysia yang mempunyai kekuatan tersendiri. “

Ulasan penuh mengenai buku Virus Kehidupan akan saya paparkan di sini dalam tempoh terdekat. Terima kasih kepada Tuan Mazidul atas maklumbalas yang diberi.

Secara asas, dapat saya katakan ia adalah autobiografi, perjalanan hidup Tuan Mazidul Akmal dari kacamata karier sebagai wartawan. Jika ia disebut sebagai travelogue, mungkin juga Virus Kehidupan adalah catatan travelogue kehidupan. Ia menyentuh perjalanan beberapa individu dan realiti yang dihadapi mereka.

Virus Kehidupan menjadi ruang bebas bagi penulis menerangkan beberapa isu dan lontaran kritikan yang diterimanya melalui e-mel para penonton. Sebahagian daripada mereka menyuarakan rasa tidak bersetuju terhadap beberapa reaksi penulis ini ketika berhadapan dengan kumpulan bermasalah dalam masyarakat. Buku ini memberi satu persatu jawapan yang selama ini didiamkan oleh penulisnya sendiri.

Kita menantikan lebih ramai lagi individu seperti Tuan Mazidul menulis. Moga-moga Tuan terus berkongsi cerita dalam buku-buku akan datang. Mungkin Tuan dapat berkongsi lebih lanjut dunia kewartawanan yang penuh jargon tertentu dan keunikan dunia TV3 pula selepas ini.

Mungkinkah kali ini giliran Tuan Kamal Affendi Hashim menulis autobiografi dan catatan kerjayanya?

Catatan Tuan Mazidul Akmal Sidik, respon kepada e-mel saya, “Saudara Zamri, Saya tidak pernah bermimpi untuk menulis buku memandangkan kekangan masa menghimpit. Bagaimanapun saya mencuba sebaik mungkin. Saya teruja dengan komen saudara. Setakat ini Virus Kehidupan dilapor mendapat sambutan menggalakkan. Jika menurut maklumat disampaikan pihak penerbitan. InsyaAllah buku sama bakal diulang cetak sekaligus dikemaskini dalam jangkaan terdekat. Terima kasih sekali lagi”

Nota: Gambar diambil dari blog rasmi Tuan Mazidul Akmal Sidik.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,187 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: