Jadilah sahabat tanpa menunggu adanya keperluan.

Tinggalkan komen

Julai 21, 2008 oleh zamrimohamad


“Jika mahu bersahabat, bersahabatlah tanpa ada kepentingan,” nasihat Tuan Mazidul.

Soal saya, “Bagaimana?”

“Selalu orang menghubungi kenalan apabila ada keperluan. Contohnya, mohon membantu urusannya. Mengapa tidak dihubungi sekadar hendak bertanya khabar pada bila-bila masa,” jawab beliau.

Diam seketika, Tuan Mazidul menyambung kembali, “Saya adakalanya menghubungi rakan-rakan tanpa apa-apa keperluan khusus. Ada yang rasa hairan dan ganjil apabila dihubungi hanya sekadar menerima hai daripada kita.”

Ada juga sahabat yang tidak perlu dipanjangkan bicara. Berkongsi pengalaman, pernah beliau menghubungi seorang kenalan bagi bertanya khabar. Telefon berdering, penerima mengangkat telefon. Pemanggil memperkenalkan diri. Penerima yang juga seorang kenalan menjawab, “Ya, mahu buat pinjamankah?”

Pemanggil menekan butang merah pada telefon bimbit. Kurang seminit telefon beliau pula dihubungi.

“Talian putuskah?” tanyanya.

“Tidak. Saya yang putuskan.”

“Mengapa?”

“Saya menghubungi bagi bertanya khabar sahabat. Bukan bertanyakan pinjaman.”

Jelas Tuan Mazidul, “Sahabat yang perlu saudara simpan nombornya dan jaga perhubungan sebaik-baiknya ialah sahabat yang menghubungi saudara pada bila-bila masa tanpa menunggu apa-apa keperluan timbul.”

Nilai pengaruh sebagai individu meningkat dan kuasa pengaruh menjadi magnet mengikat jiwa-jiwa yang ikhlas bersahabat. Ia kesan daripada sikap melihat orang lain adalah penting pada setiap masa tanpa mengira apakah kedudukan dan autoritinya yang dapat membantu membuat hidup kita selesa.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Ketahui pendedahan 8 jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,187 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: