Jika mereka gembira bekerja di bawah saya, produk akhir lebih dari apa diharapkan

Tinggalkan komen

Julai 21, 2008 oleh zamrimohamad


“Ramai orang tidak menjadi manusia dalam kerja,” kata Tuan Mazidul.

Apa maksudnya tidak menjadi manusia?

Sambungnya, “Ramai yang bekerja berasa tidak gembira dengan kerja mereka. Maka mereka tidak menjadi manusia (gembira).

Tuan Mazidul Akmal Sidik merupakan Ketua Hal Ehwal Semasa, Jabatan Majalah, Famili dan Dokumentari. Beliau bertindak sebagai penerbit, rancangan 999, penulis skrip, wartawan dan pengacara bagi rancangan 360 yang bersiaran setiap hari Rabu jam 9.00 malam.

Katanya, “Apabila kita tidak berminat, maka hilanglah keseronokan. Ciri-ciri orang yang berminat dengan kerjanya mudah sahaja.”

Pertama
Tidak mengeluh apabila diminta melakukan sesuatu.

Kedua
Ilmu yang diperolehi semakin bertambah apabila pekerja semakin berminat dengan tugasan itu.

Ketiga
Apabila pekerja berasa dia tidak cukup pengetahuan, beliau akan berinisiatif mencari sendiri.

Keempat
Berbeza dengan orang yang tidak berminat dengan kerjanya, apabila berasa dirinya tahu, dia akan kekal begitu. Apabila diminta melakukan sesuatu, dia akan melakukan ala kadar sahaja.

Kongsi Tuan Mazidul, “Saya melihat apabila ada wartawan muda diminta memenuhi tugasan menyelidik sesuatu isu, sikap wartawan yang mempunyai minat berbeza. Beliau akan pergi bertanya rakan-rakan wartawan lain dan terus ke tempat-tempat yang berkaitan. Wartawan yang berasa dia sudah tahu dan pandai hanya akan mengangkat ganggang telefon bagi mencari maklumat.”

“Saya lebih suka bekerja dan memilih pekerja yang ada minat berbanding yang lebih pandai tetapi minatnya ala kadar sahaja,” sambungnya.

Bagi Tuan Mazidul, beliau mahu orang senang hati bekerja dengannya. Bagi memastikan tim gembira bekerja di bawahnya, beliau akan memastikan tugasnya akan mempermudahkan anak buahnya.

Kongsinya, “Anak buah saya ada yang balik ke studio tengah malam dan awal pagi. Selepas menulis skrip mereka akan mengemel kepada saya. Adakalanya jam 2 pagi saya dihubungi. Maka pada jam 2 pagi saya akan bangun dan menyemak kerja mereka. Kemudian ia akan diemelkan semula pada hari yang sama meskipun saya ada pilihan menge-melnya pada hari esok.”

Beliau tidak cenderung menangguhkan kerjanya meskipun layak berbuat demikian. Bagi beliau lebih cepat dapat diselesaikan, maka lebih memudahkan kerja anak-anak buahnya dalam jabatan. Ini akan mempercepatkan kerja memasukkan skrip bagi keperluan video dan seumpamanya.

“Jika anak-anak buah kita gembira bekerja dengan kita, percayalah produktiviti mereka lebih tinggi berbanding apa yang kita harapkan. Orang yang gembira akan bekerja sepenuh hati,” tambah Tuan Mazidul yang sudah 13 tahun bersama TV3.

Kredibiliti seseorang juga bergerak selari dengan umurnya, “Semakin saudara berumur dan terus fokus dengan apa yang saudara lakukan, kredibiliti saudara dalam bidang saudara akan meningkat.”

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Ketahui pendedahan 8 jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,510 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: