"Semakin tinggi kemahiran, semakin tinggi keyakinan"

Tinggalkan komen

Julai 21, 2008 oleh zamrimohamad






“Semakin tinggi kemahiran, semakin tinggi keyakinan”

Tuan Jason Ng berkongsi cerita, “Salah seorang peserta saya merupakan pengarah urusan di sebuah organisasi. Pada suatu hari saya bertanya kepada beliau mengapa mengambil kursus ini. Kata pengarah urusan ini, setiap kali beliau menghadiri majlis rasmi, pembantunya akan turut serta.”

Apa yang berlaku selepas itu?

“Dalam setiap majlis, pengarah urusan ini tidak mempunyai kemahiran bersosial dan berbual yang baik. Akibatnya, pembantunya yang mempunyai kemahiran tersebut lebih menonjol berbanding beliau selaku majikan. Sehinggakan ada yang menyangka pembantu itulah pengarah urusan sebenar,” sambung Tuan Jason.

Tuan Jason Ng merupakan pemenang pertandingan pengucapan awam peringkat Asia Pasifik pada tahun 2002.

“Saya hanya perlu bercakap dalam masa tujuh minit. Tetapi saya berlatih sebanyak 500 kali,” dedahnya.

Katanya, “Dalam apa jua pengucapan awam, penonton hanya mengingati isi keseluruhan ceramah sekitar 30 peratus sahaja. Maka pembuka dan penutup adalah perkara yang perlu diberi sentuhan yang terbaik.”

Sama ada kita seorang pelajar, ketua eksekutif, pekerja dan pemilik syarikat, kemahiran pengucapan awam adalah sesuatu yang mesti dipelajari. Saya juga mempunyai kesukaran yang sama dan mengambil peluang memperbaiki kemahiran ini dengan turut serta dalam mana-mana aktiviti. Saya memahami diri ini perlu dipaksa bagi mencipta hasil.

Saya menemui seorang pakar pengucapan awam bernama Jason Ng. Seorang berbangsa Cina yang berasal dari Kuching, Sarawak. Beliau merupakan bekas pelajar peringkat sarjana lanjutan di University of Southern Queensland dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. Kini beliau menguruskan konsultan Mastery Development Centre.

Saya melihat cara beliau membuat presentasi di hadapan khayalak di MPH, Mid Valley, Kuala Lumpur.

Pertama
Beliau tidak menggunakan mikrofon yang disediakan. Alasannya, beliau mahu memberi ganjaran hanya kepada yang duduk di kerusi dan berdiri di sekeliling. Jika beliau menggunakan mikrofon, ia akan memberi ganjaran kepada mereka yang berada di sekitar premis.

Kedua
Beliau menyediakan nota percuma yang diletakkan pada kerusi-kerusi disediakan. Ia adalah beberapa helai nota yang disertakan bersama sebatang pensil bagi tujuan catatan.

Ketiga
Beliau banyak melibatkan peserta dalam presentasi. Kekuatan cerita tidak dinafikan mempunyai magnet bagi mengumpan penonton.

Keempat
Cara pemakaian yang sesuai menggambarkan kepakaran beliau. Jason Tuan pernah melihat bagaimana seorang pengucap awam yang bercerita mengenai tip menjadi jutawan beberapa tahun lalu. Tuan Jason menyedari kelompok yang mendengar semakin berkurangan sedikit demi sedikit meskipun topik yang disampaikan sememangnya menarik.

Setelah diselidiki, Tuan Jason mendapati cara pemakaian yang tidak persuasif memberi kesan negatif kepada pengucapan awam. Penceramah tersebut benar-benar hanya memakai kemeja t kolar bulat dan seluar yang lusuh ketika bercerita mengenai teknik menjadi jutawan. Jason mempelajari, pengucapan awam memerlukan individu terbabit menunjukkan sesuatu yang meyakinkan kepada orang ramai.

Kelima
Tuan Jason cuba mengelak daripada memberi pengucapan awam di tengah-tengah kawasan membeli-belah. Alasannya, terlalu banyak gangguan di sekeliling. Sebaik-baiknya, Tuan Jason mencadangkan penceramah memfokuskan kepada penonton di kerusi dan libatkan mereka melalui interaksi.

Nota: Tuan Jason Ng merupakan salah seorang responden bagi buku akan datang, Berpengaruh Gaya Streetsmart.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Ketahui pendedahan 8 jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi.
Klik di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,941 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: