Foto sekitar Bengkel Penulisan Uitm Johor

Tinggalkan komen

Ogos 16, 2008 oleh zamrimohamad










“Bagaimana pengangkutan awam di sini ya?” soal saya ketika minum pagi bersama salah seorang ahli jawatankuasa Bengkel Penulisan Uitm.

Kata beliau, “Jika mahu ke sini dengan pengangkutan awam, Tuan boleh gunakan khidmat bas ekspress Cepat. Bas itu berhenti betul-betul di hadapan Uitm. Jika mahu ke pekan Segamat, ada bas kuning di hadapan milik persendirian. Beliau selalunya akan bawa pelajar ke pekan seperti bas awam.”

Saya mengangguk tanda faham. Kedudukan Uitm Johor di Segamat jauh dari bandar sebenarnya memberi kelebihan kepada para pelajar. Pertama ialah penyertaan pelajar-pelajar dalam setiap program meskipun pada hujung minggu adalah ramai. Kedua, hubungan para pelajar lebih rapat kerana kerap bertemu dalam kampus.

Saya (dengan jemputan melalui telefon oleh Tuan Ikram) dan Tuan Imran dari PTS Islamika dijemput oleh pihak Uitm melalui jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Masjid Al Syakirin bagi mengendalikan bengkel penulisan bagi para peserta yang mempunyai kemahuan berkarya. Setelah dirisik, ada sebahagian daripada mereka sudah menulis. Malah ada yang memberitahu saya sebahagian hasil penulisan mereka pernah ditolak oleh majalah. Bagi saya, penolakkan itu satu langkah ke arah kejayaan setelah karya melalui proses bedah siasat.

Bengkel penulisan ini dimulai dengan perkongsian pengalaman penulis skrip Jelatang pada awal pagi sehingga jam 10.30 pagi. Ia disusuli pembentangan dua jam oleh saya dan pembentangan tiga jam oleh Tuan Imran. Rasa tidak puas, banyak yang ingin kami kongsikan.

Semua pelajar yang menyertai program sehari ini terlibat secara aktif dan energi mereka menjadi kami berdua bertambah bersemangat mengendalikan bengkel ini. Kami berdua membuat kesimpulan para peserta bengkel pada hari itu perlu melangkah ke satu tindakan baru iaitu menghasilkan buku pertama mereka.

Jika saudara dan saudari membaca entri ini, kami suka mencadangkan kepada para peserta untuk membentuk kumpulan kecil sesama peserta bagi menghasilkan siri buku cerita yang layak diterbitkan berdasarkan rancangan penerbit.

Mungkin dengan jemputan Permas sekali lagi, PTS Islamika dapat menganjurkan bengkel penulisan tiga hari bagi mendedahkan para peserta kaedah penulisan menggunakan teknik surah Yusof dan dalam tempoh tiga hari kerja kumpulan ini dapat dihasilkan dan terus dikompilasikan sebagai buku.

Pada peringkat siswa dan siswi, kredibiliti awal dapat dibina dengan penulisan non fiksyen. Rasai pengalaman mempunyai buku pertama dahulu dan bina kemampuan kewangan secara halal sebagai penulis selepas itu. Mungkin Uitm Johor dapat membina rekod cemerlang sebagai salah satu cawangan Uitm yang menghasilkan para penulis muda dengan karya fiksyen Islami. Semuanya tidak mustahil jika ada kemahuan dan fokus.

Kami menanti respon positif daripada para peserta. Terima kasih kepada keseronokan, energi, layanan baik yang diberikan selama satu malam satu hari di sini. Ledang Inn, rumah tamu Uitm cukup selesa dan sukar bagi kami berdua melupakan rumah tamu ini.

Terima kasih sekali lagi.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
Baca temuramah 8 ikon jutawan Malaysia oleh Irfan Khairi. Klik di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: