Corat coret Rahsia Bisnes Mamak di MPH Mid Valley

Tinggalkan komen

Ogos 25, 2008 oleh zamrimohamad





Ceramah buku di MPH Mid Valley mempunyai audien yang berbeza berbanding cawangan-cawangan lain. Ceramah buku di sini dihadiri oleh kumpulan pembaca kelas menengah atas. Kedudukan pentas bagi sesi bersama penulis yang sedikit tersembunyi sedikit sebanyak menggusarkan hati dua kakitangan MPH yang bertugas. Tambahan lagi, selepas sesi Dr Chuah, kerusi-kerusi di hadapan kosong.

Tuan Aizat mewakili PTS Profesional datang bersama-sama pemancar LCD yang dibawa dari pejabat. Saya ucapkan terima kasih atas bantuan beliau dan seluruh tim PTS. Tuan Aizat terus datang ke MPH Mid Valley selepas sesi bersama penulis bersama Tuan Sunthara Segar di MPH Subang Parade.

Moga-moga Allah beri kesihatan, semangat dan keceriaan kepada Tuan Aizat. Komitmen beliau mendorong saya melaksanakan program ini bersungguh-sungguh.

Keadaan di luar hujan lebat. Kami masih menyiapkan keperluan bagi sesi jam lima petang. Melalui bantuan kakitangan MPH yang lain, skrin layar putih dipasang. Tetapi ia tidak menghadap deretan kerusi kosong, ia dihala ke arah laluan orang ramai. Peranan Powerpoint membantu bagi program seperti ini. Ia adalah alat visual yang menyampaikan mesej secara senyap kepada pengunjung.

Kaedah penggunaan slaid Powerpoint juga diajar oleh Tuan Osman Affan ketika sesi Training for Trainers awal tahun ini bagi mana-mana individu yang mempunyai masalah mengingat bahan penyampaian.

Dari jauh para pengunjung dapat melihat tajuk ceramah yang disampaikan. Sedikit demi sedikit jumlah pengunjung memenuhi ruang hadapan. Kehadiran rakan-rakan penulis seperti Tuan Syarafuddin Sulaiman (Akademi Kehidupan), Tuan Firdaus Ariff (Sayap Adinilia) bersama keluarga, Tuan Imran Yusof (Merentas Samudera) memberi suntikan motivasi bagi meneruskan sesi pada petang itu.

Para pengunjung terdiri daripada mereka yang berbangsa Cina yang datang bersama keluarga. Saya sempat berkenal-kenalan dengan dua daripada tiga pengunjung MPH berbangsa Cina yang meluangkan masa mendengar ceramah Rahsia Bisnes Mamak dalam bahasa Melayu. Sesi ini disampaikan selama satu jam tiga puluh minit. Salah seorangnya merupakan CEO Policy Management Sdn Bhd, Tuan Teow Choo Ann. Beliau datang bersama isteri ke program ini.

“Adakalanya kita lupa kepada formula asas dalam bisnes. Ceramah saudara mengingatkan kita kepada perkara-perkara asas ini. Ada bisnes yang tidak menjadi dan statik meskipun sudah lebih 10 tahun dalam industri. Semuanya kerana tidak melihat kembali formula asas mereka,” jelas Tuan Teow selepas program.

Tuan Syarafuddin berkongsi cerita, “Saya tertarik dengan keluarga berbangsa Cina yang duduk di sebelah saya. Anaknya bukan main nakal. Kemudian ibunya marah. Saudara tahu apa katanya? “Duduk diam-diam, tengok dan dengar. Belajar bisnes!”

Saya ucapkan terima kasih atas kepada semua yang hadir ke program ini. Tidak dilupakan mereka yang berdiri di rak-rak buku sepanjang sesi.

Sebelum sesi ceramah, pengedar buku Horizon Books bernama Tuan Steven Yong mendedahkan satu perkara apabila saya memberitahu tajuk ceramah saya, “Abang saya mempunyai dua kedai gunting rambut. Semua pekerjanya diimport dari negara India.”

Jangan lupa, pada hari Sabtu ini, sesi bicara bersama penulis bertajuk “Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart!” jam 4.00 petang.

Ringkasan entri ini.

Pertama. Persembahan slaid berperanan menarik perhatian secara visual bagi mereka yang berlegar dan melihat dari jauh.

Kedua. Slaid digunakan sebagai memimpin pembentangan penceramah yang berhadapan situasi sukar mengingat.

Ketiga. Kehadiran para penulis dan ahli keluarga adalah dukungan kuat untuk saudara membuat pembentangan secara bersungguh-sungguh.

Keempat. Sesi ceramah dalam bahasa Melayu melibatkan buku-buku bahasa Melayu juga dihadiri oleh hadirin berlainan bangsa. Contoh-contoh universal perlu digunakan bagi pembentangan.

Irfan Khairi menemuramah 8 ikon jutawan. Klik di sini
Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 362,311 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: